Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

PELABURAN EMAS/GOLD DI MALAYSIA? ADAKAH AKU KETINGGALAN KERETAPI?

Salam semua.


Petang tadi asyik surf ajer, aku terbaca artikel pasal emas dan kebetullan sekarang nie banyak sangat dengar pelaburan masa di internet.Aku terpikat dengan pelaburan emas secara kecil kecilan serendah 1 gram oleh bank Maybank.Walaupun ada bank lain yang tawarkan perkhidmatan ini namun syarat mula simpan tidak termampu oleh aku ketika ini...bank CIMB /Public bank pun ada tapi syarat dia membebankan aku yang tidak jenuh duit ni. So maybank adalah pilihan terbaik setakat ini. Aku pun bergegas ke Maybank Lenggong namun hampa sebab orang ramai sangat,terbantut hasrat.So ambik cara kedua daftar akaun secara online dan aku akan follow up bank dengan bank Maybank Gerik. Pasala apa aku kalut semacam sbbnya harga emas dah turun RM 165 pada 4/1/2012 dan dijangka akan naik selepas hari raya cina. Jadi kalo ada duit sana sini leh simpan emas sikit-sikit. So permulaan aku google pasal emas dan aku aka kongsi untuk korang di sini.Mari kita mulakan :)



Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?
Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
A.Pelaburan emas fizikal
B.Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas


A. PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas


1.SYILING EMAS


Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah


Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank
3. Dinar Emas Kelantan
4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold
5. Public Dinar




B. JONGKONG EMAS
Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kg. Terdapat setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri mengikut syarikat yang mengeluarkannya.
Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.



3. BARANGAN KEMAS

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

B. PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 3 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
3. CIMB Bank : CIMB Bank Gold Deposit Account (GDA)


Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank dan CIMB.
Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal. Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai.
Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN.

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperolehi
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan  dan lain-lain lagi.

Itu saja serba sedikit ilmu yang aku dapat kongsikan bersama. Insyaallah, esok kalo line clear aku nak buka terus akaun emas di Maybank Gerik sementara harga emas tengah turun mari kita ambil peluang keemasan....

1 comment:

  1. betul la...sy pun perkara sama...bonus gaji syy gnekn beli emas...fizikal...pastu lebihan sy bukak emas maybank...masa sy beli tu mahal rm170...tp dsbbkn nk penglaman...sy beli gak..skrg ni tgh tggu nk beli lg sblm raya cina...

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca