Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2024

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula menunjukkan kesan pedih mata dan air mata mengalir. Rasa mata aku ada pasir. Aku berkedip kedip mata sambil order Grab untuk ke KL Sentral. Jam 11 pagi aku sampai pintu masuk utama KL Sentral. Mata ku dah pedih macam kupas bawang. Penglihatan aku terjejas akibat pedih. Aku ke kaunter ETS nk order tiket malangnya kena pi mesin layan diri untuk beli tiket. Aku dah panik aku skrin tak jelas.Kebetulan ada staf KTM tengah bantu auty cina beli tiket dan terus aku minta tolong belikan tiket kat mesin layan diri maklum aku baru lepas laser mata dah mata berair tak berapa nampak. Tiket ETS ke Kuala Kangsar pada jam 1.40 petang tapi jam baru 11.30 pagi. Kena tunggu 2 jam  lagi dengan mata pedih dan sambil mengesat air mata di sebalik cermin mata hitam aku ditambah plak dengan hidung aku mula berhingus.. Aku mencari bangku besi dekat pintu betul-betul kat ...

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part 2

 Aku bergegas ke kaunter bayaran untuk booking rawatan flapless. Staf kaunter pembayaran menyatakan kos semua RM 5 ribu dan aku keluar kad harimau. Dia maklum kad harimau ni bole buat ansurans 12 bulan dengan kadar RM 416.00 sebulan. Apa lagi aku terus bersetuju sambil ketawa lah..pucuk dicita ulam mendatang. Selesai bab bayaran dan aku buka apps Agoda cari hotel paling dekat dengan Ikonik dapatlah hotel jarak 8 km dr Ikonik. Aku naik grab ke Mokka Hotel dan buat bayaran RM 100 semalam bg bilik katil single.  (Gambar ambik dari google) (Gambar ambik dari google) Aku merehatkan diri kemudian mandi   dan selesai solat. Selepas dah segar sikit, jam menunjukkan 6.30 petang aku turun hotel cari kedai 7E cari roti sambal-sambil cari kedai cermin mata berdekatan hotel tp malangnya tak jumpa. Kaki aku dah mula buat perangai dengan pinggang mula lengguh dan kemudian kebas kebas dan menyukar aku untuk berjalan. Terpaksa berhenti setiap 20 meter berjalan. Peluh di dahi mula keluar m...

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part 1

Sebenar niat nak buat laser mata lama dah tersemat impian di hati bertahun lamanya namun disebabkan ketika aku berusia 12 tahun di mana aku pernah mengalami anak mata hitam bernanah hingga meninggalkan parut pada anak mata. Sangkaan aku parut pada anak mata mungkin mematikan peluang aku untuk bebas rabun. Maka teruslah aku memakai cermin mata dengan kos yang makin meningkat setiap 2 tahun. Dari harga cermin mata ratus-ratus kemudian mula mencecah ribu dan apabila ada rabun dekat usia aku 40 an. Tahun 2022 aku buat cermin mata dengan kos RM2500 iaitu harganya bole buat lasik dah. Bila masuk tahun 2024 nih, mata aku dah mula tak selesa pakai cermin mata   dengan pandangan kejap kabur kejap jelas seolah-olah memberi signal awal bahawa sudah masanya tukar cermin mata baru. Kisah ini bermula 21.9.2024 apabila aku termasuk ‘live’ tiktok Ikonik Eye Specialist secara tidak sengaja. Time tuh tengah promosi pemeriksaan penuh mata dengan harga promosi RM500 sahaja. Terkesima dengan ...

Labels

Show more