Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih ingatkah anda kes tiga budak pembuli Sek Men Tun Hussein Onn di Seberang Jaya,Pulau Pinang yang menjadi viral dengan video klip Lan Todak tidak lama dahulu pada tahun 2013 di mana pembuli bernama Munir, Izzat dan Herry membelasah mangsa seorang ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada cikgu tentang handphone yang dibawa mereka ke sekolah. Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan. Video Kes Buli yang menjadi viral di internet Salah seorang daripada pelajar itu dikatakan telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kes langgar lari jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..