Skip to main content

Posts

Showing posts from March 28, 2014

Datuk Ali Mamak Yang Popular Lagu Apa dah Jadi Telah Meninggal Dunia

Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman meninggal dunia bertarikh 27.3.2014 pada jam 4.20 pagi tadi akibat Leukimia. Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya. Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk. Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. Al-Fatihah.

Coklat Pepero Lotte Langkawi Disahkan Tiada Status Halal

Apabila cuti sekolah bermula sudah pasti tempat tempat pelancongan menjadi tumpuan.Salah satu tempat yang jadi tumpuan adalah Langkawi. Di Langkawi jikalau melancong ke sana,salah tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah kedai coklat. Coklat Pepero, salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi samaada bercuti atau sewaktu berkursus.  Admin juga salah seorang yang pernah memakan coklat ini yang dihadiahkan oleh kawan-kawan yang baru balik ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini untuk hadiah kepada sanak saudara mahupun rakan sepejabat. Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Set...

Labels

Show more