Skip to main content

Posts

Showing posts from July 2, 2013

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya .Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram . SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH Orang yang mengeluarkannya mestilah Islam dan merdeka .Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya . Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu. Dibawah...

Gempa Bumi Kuat di Sumatera Utara, Indonesia 02 Julai 2013, 03:37 petang

Satu gempa bumi Kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 03:37 petang, 02 Julai 2013. Pusat gempa bumi terletak di 4.7° Utara dan 96.8° Timur, 65km Barat Daya dari Lhokseumawe,Indonesia, 385km Barat Daya dari Balik Pulau,Pulau Pinang. GEGARAN dirasai di P.Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.

Labels

Show more