Skip to main content

Posts

Showing posts from April 13, 2014

Bacaaan Merdu Surah Yusuf oleh Juruteknik Filipina ketika menguji sistem audio di masjid Arab Saudi

Lelaki warga Filipina ini seorang juruteknik yang ditugaskan untuk memasang dan menguji sistem pembesar suara di masjid tersebut.Tetapi siapa sangka sewaktu dia hendak menguji sistem audio di masjid berkenaan, lelaki tu telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu syahdu sekali. Dia membaca Surah Yusuf- ayat 12 yang bermaksud; ” Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang nyata (dari Allah).  Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. “ Susulan selepas itu ada video beliau diupload oleh saudara islam di sana dengan bacaan surah Yusof dengan audio yang lebih baik.  

Alhamdulillah Cek Pertama dari Program Google Adsense

Sebenarnya admin sudah lama nak buat post pasal terima cek google adsense.Bayagngkan 8 tahun menunggu untuk keluarkan duit Google Adsense   di mana akhirya pada bulan Mac 2014 pendapatan adsense admin sudah mencapai target USD100 iaitu syarat minimum untuk keluarkan duit ini. Begi mereka yang baru nak kenal apa itu Google Adsense secara ringkasnya adalah jana pendapatan pengiklanan dari google (iklan Google Adwords) di blog kita. Bila iklan google muncul di blog kita, dan pembaca atau pelawat blog kita klik iklan tersebut, kita akan dapat bayaran. Bayaran adalah berbeza mengikut ‘harga’ sesuatu iklan. Ada yang 1 klik kita dapat 10 sen, ada juga yang 1 klik kita dibayar sehingga USD2 atau pun lebih. Admin mula berjinak-jinak program buat duit dengan Google Adsense ini sejak tahun 2006 lagi. Bersandarkan 2 blog yang admin hasilkan iaitu blog 8vertising dalam bahasa Melayu dan FMS On Line dalam bahasa Inggeris. Setelah penantian selama 8 tahun akhirnya minggu lepas admi...

Broadband Celcom,Digi,Maxis Jadi Portable Wifi Murah dengan TP-Link TL-MR3020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda apabila anda on 3G melalui handphone anda untuk berinternet akan membuat kuasa bateri anda menyusut dengan banyaknya. Bagi anda yang di luar sana yang mempunyai broadband sendiri tetapi ingin kongsikan dengan kawan-kawan yang tiada internet untuk berfacebook ataupun games on-line. Walaupun handphone anda boleh jadi Wifi tetapi menyebabkan bateri handphone anda dengan cepat habis kerana signal 3G.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan bateri anda terus kekeringan kerana signal 3G maka  alat ini adalah jawapan kepada masalah anda.Admin sendiri telah beli alat ini di Lelong.com.my dengan harga RM 60. Hanya pasang dan cukup broadband sahaja terus jadi wifi.Sangat sesuai kegunaan semasa balik kampung. TL-MR3020 adalah ultraportable wayarles-n router, yang boleh beroperasi dalam tiga mod iaitu: sebagai router 3G (apabila digabungkan dengan USB-berkaitan 3G modem yang serasi),  sebagai wayarles pembekal khidmat internet (U...

Labels

Show more