Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula menunjukkan kesan pedih mata dan air mata mengalir. Rasa mata aku ada pasir. Aku berkedip kedip mata sambil order Grab untuk ke KL Sentral. Jam 11 pagi aku sampai pintu masuk utama KL Sentral. Mata ku dah pedih macam kupas bawang. Penglihatan aku terjejas akibat pedih. Aku ke kaunter ETS nk order tiket malangnya kena pi mesin layan diri untuk beli tiket. Aku dah panik aku skrin tak jelas.Kebetulan ada staf KTM tengah bantu auty cina beli tiket dan terus aku minta tolong belikan tiket kat mesin layan diri maklum aku baru lepas laser mata dah mata berair tak berapa nampak. Tiket ETS ke Kuala Kangsar pada jam 1.40 petang tapi jam baru 11.30 pagi. Kena tunggu 2 jam lagi dengan mata pedih dan sambil mengesat air mata di sebalik cermin mata hitam aku ditambah plak dengan hidung aku mula berhingus.. Aku mencari bangku besi dekat pintu betul-betul kat ...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..