Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Kenali adab ziarah kubur sebelum berselfie

Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya – seperti diterangkan dalam hadith-hadith nabi s.a.w. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya. 

ingat kubur ingat ‘selfie', bukan Ingat kubur ingat mati adalah trend terbaru anak muda malaysia ketika ziarah kubur

Trend selfie kini menjadi semakin popular dalam kalangan mereka yang obses mengambil gambar sendiri dan dikongsi di laman-laman sosial untuk tatapan dan komen oleh rakan-rakan alam maya.Fenomena berselfie menggunakan monopod yang kian popular di seluruh dunia itu tidak mengira usia baik golongan remaja mahupun golongan dewasa, bahkan golongan artis dan juga orang biasa. Namun berselfie di tempat yang tidak sepatutnya bakal mengundang padah apabila  seorang artis kita didakwa 'berselfie' dekat kubur. Bukan setakat selfie, malah dia dan rakannya turut didakwa 'terpijak' kubur keluarga lain yang berada berhampiran. Akibat perbuatan tersebut, artis terbabit telah mendapat teguran dan membuat ramai pihak di laman sosial merasa marah terhadap sikap tidak prihatinnya. Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar dengan tindakan segelintir umat Islam ber‘selfie’ di tanah perkuburan lebih-lebih lagi semasa menyambut Aidilfitri.“Perbuatan ini boleh dik...

Dalam Kenangan : Biduanita Negara Sharifah Aini Meninggal Dunia 1953 - 2014

Rasanya masih tidak terlewat  untuk admin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan ahli keluarga yang tercinta. Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu pada 5 julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru. Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau...

Labels

Show more