Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tandas merupakan sesuatu yang sangat penting bagi setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai bahawa setiap manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau enam kali setiap hari. Secara lazimnya, tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada membuang air besar atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan sebagainya. Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga yang terbiar berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush” oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Biar apa pun perkara atau permasalahan, sebagai umat Islam kita wajar merujuk kepada agama Allah itu dalam setiap muamalah yang kita jalani setiap hari meskipun mengenai perkara-perkara remeh seperti adab-adab masuk ke tandas. 1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, ...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..