Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2009

Cara Memilih Jenis Tayar Kereta Anda (Tyre)

Panduan asas tentang tayar kereta 1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Sentra standard, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 16 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit. 2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan sela...

Punca Minyak enjin kereta semakin kurang

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai enjin 'makan' minyak hitam. Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta anda mengalami pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa. Apa yang perlu dibuat ? Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin melebihi RM500. Ada juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia berkata demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita sudah berada dalam keadaan tenat. Bagaimanapun di ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam boleh berlaku, bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika sudah berlaku. Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta. (1) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk...

Labels

Show more