Skip to main content

Posts

Showing posts from October 29, 2012

Hero Bollywood Aamir Khan mengerjakan ibadah haji 2012

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain telah berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today. India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.  Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu. Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu. Beliau tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3. Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.  Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW. Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al M...

Labels

Show more