Sesuatu yang menyedihkan apabila impian menjulang Piala Thomas 2014 tidak kesampaian. Yang pasti ini mungkin pencapaian terbaik setelah 12 tahun. Mungkin kita akan terpaksa menunggu mungkin 12 tahun lagi atau lebih untuk ke final Piala Thomas. Dato Lee Chong Wei mungkin akan bersara selepas ini.Siapakah yang mampu menggalas bebanan Dato Lee Chong Wei dalam perseorangan negera.Sudah pastinya, calon itu masih tercari-cari sehingga kini. Malaysia perlu melakukan perubahan dalam melahirkan bintang baru kerana admin melihat pihak badminton Malaysia masih bergantung penuh pada Dato Lee Chong Wei untuk menang sejak sekian lama di mana pertandingan antarabangsa. Berbalik kepada Piala Thomas 2014, yang pasti Dato Lee Chong Wei telah melaksanakan kewajipannya dengan cemerlang bagi pasukan Malaysia. Hakikatnya impian rakyat Malaysia menjadi musnah Malaysia gagal membawa pulang Piala Thomas setelah kalah dengan pasukan Jepun 3-2, malam tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Si...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..