Skip to main content

Posts

Showing posts from November 24, 2013

Masalah Rambut Berubat di Usia Muda Tanda Awal Penyakit?

Adakah anda semua mengalami masalah uban di usia muda? Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein dibahagian kulit rambut kepala. Di bawah kulit (skin eprdermis) ada satu sel yang dinama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin. Melanin adalah satu protein/bahan yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Dalam manusia, mereka yang mempunyai rambut dan kulit hitam dikatakan mempunyai pigment melanin yang tinggi. Terdapat punca-punca yang menyebabkan terjadinya uban iaitu: 1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ad...

Labels

Show more