Xiaomi telah mengesahkan mereka akan memasuki pasaran Malaysia di dalam masa terdekat mungkin April 2014. Sebelum ini Xiaomi telah melancarkan produk sulung iaitu smartphone Redmi dengan harga RM 477 di Singapura dan kemudian Xiaomi mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan Redmi Note jenis phablet secara rasmi baru-baru ini membawakan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bersaiz 5.5 inci. Phablet terbaru milik Xiaomi ini didatangkan dalam dua versi yang berbeza mengikut kelajuan prosessor iaitu versi 1.4GHz dan juga 1.7GHz. Redmi Note akan ditawarkan pada harga yang amat berpatutan dan sangat rendah bagi model phablet. Di mana versi dengan pemproses berkelajuan 1.4GHz dengan 1GB RAM akan dijual pada harga $ 130 sekitar RM 430 manakala versi dengan pemproses 1.7GHz dengan 2GB RAM akan dijual pada harga $160 sekitar RM 530. Kedua model ini akan hadir dengan pemproses MediaTek MTK6592. Ciri lain yang disertakan adalah, UI MIUI yang dise...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..