Skip to main content

Posts

Showing posts from August 20, 2014

Dalam Kenangan : Pelawak Maidin Ibrahim meninggal dunia 1938-2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yang pasti kehidupan di dunia hanyalah sementara. Tahun 2014 menyaksikan negara kita kehilangan banyak anak-anak seni meninggal dunia. Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada 13 Ogos 2014 yang lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Allahyarham pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Allahyarham juga popular menerusi filem Anak Mami dan sitkom Salam Pantai Timur. Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasukl...

Labels

Show more