Cubaan spesis Lotong menculik kanak-kanak berusia 2-3 tahun berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung
Gambar Hiasan Alor Gajah: Dua beradik berdepan detik mencemaskan apabila cuba dilarikan tiga ekor lotong ketika bermain di halaman rumah mereka di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua beradik terbabit, Norzainatul Zulaikha Mohd Azizan, 2, dan abangnya, Mohd Zaf Zakuan Mohd Azizan, 3, bermain sebelum muncul tiga ekor haiwan liar itu. Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa, Siti Ain Sharfinaz Zainoldin, 24, berada dalam rumah bersama sepupunya, Norfadila Othman, 30, sebelum terdengar suara jirannya menjerit sebelum dia keluar dan mendapati dua anaknya itu menangis. Siti Ain berkata, dia bersama dua anaknya ke rumah saudaranya itu pada petang kejadian, meluangkan masa untuk bersembang di ruang tamu dengan meninggalkan anaknya bermain di luar bersama rakan sebaya yang lain. “Selepas beberapa minit, saya terdengar jeritan kuat dari luar rumah dan tangisan anak saya semakin kuat sebelum saya keluar melihat a...