Produk terbaru daripada Apple, akhirnya Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook telah melancarkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.Model iPhone 5C diperkenalkan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna yang selama ini merungut tidak mampu milik gadget Apple disebabkan harga terlampau mahal. Model iPhone 5C yang dibuat dari plastik adalah strategi Apple untuk meluaskan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. Model iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S dan iPhone 5C boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu hijau, kuning, biru, putih dan merah jambu.Mungkinkah dengan pengenalan model iphone versi budjet ini akan membolehkan Apple menerajui pasaran bagi gadjet paling laris seperti Nokia Lumia 520 bagi kategori budget rendah. Model iPhone 5C Warna : Hijau, Kuning, Biru, Putih & Merah Jambu Spesifikasi : 4 ...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..