Skip to main content

Posts

Showing posts from January 18, 2013

Jozan Tidak Layak Juara Maharaja Lawak Mega 2 / 2012

Pada malam tadi, seperti yang dijangka, Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan kumpulan Jozan sebagai juara, yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mereka telah berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012. Untuk malam tadi, para peserta telah diadili oleh juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).Dengan sistem pemarkahan Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 yang mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah. Dengan mengekalkan konsep bebas dan komedi muzikal iaitu tema yang sama seperti musim lalu dengan membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.. Jozan mengungguli dengan markah tertinggi malam tadi berdasarkan ...

Labels

Show more