Skip to main content

Posts

Showing posts from July 26, 2013

Bila YB Instagram Burungnya bersama Burung Liverpool.

[HM] Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu. Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu. Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial. Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.”  Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini.  “Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. - AFP  ...

Anda suka minyak RON95 ditukar RON91? Sila beri komen anda !

Assalamualikum dan Salam  Sejahtera. Dilaporkan tidak lama lagi, kerajaan Malaysia bakal memperkenalkan RON 91 sekaligus menggantikan RON 95 seperti yang anda gunakan sekarang yang dijual RM1.90 seliter. Dalam erti kata lain, pengenalan minyak petrol RON 91 adalah salah satu ikhtiar kerajaan untuk menurunkan harga minyak petrol untuk anda semua. Mari kita lihat negara-negera di bawah dan jenis minyak RON yang ditawarkan kepada rakyat mereka. Colorado:  Negeri Colorado adalah antara sekumpulan negeri di mana petrol tanpa plumbum biasa mempunyai tahap oktana yang lebih rendah (85) daripada yang biasa di tempat lain di negara ini (87). Ref: http://www.aaa.com/aaa/006/EnCompass/2007/mar/mar_AutoTalk.htm Australia:  "biasa" bahan api tanpa plumbum adalah 91 RON, "premium" dengan 95 tanpa plumbum RON adalah meluas, dan 98 bahan api RON juga agak biasa. Shell yang digunakan untuk menjual 100 RON petrol (kandungan etanol 5%) daripada sebilangan kecil...

Minyak RON91 bakal jadi pilihan rakyat Malaysia?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu  RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. Apabila kerajaan bercadang untuk menggantikan minyak RON95 pada harga siling yang telah ditetapkan RM1.90 seliter sebelum ini ke minyak RON91.Ini adalah satu langkah kerajaan dalam usaha mengurangkan kos yang perlu ditanggung dalam pemberian subsidi RON 95.Ini kerana harga RON95 tidak boleh diturunkan sewenang-wenang walaupun harga minyak pasaran menurun sebab ianya minyak bersubsidi. Akan tetapi sejauh manakah harga minyak RON91 itu nanti dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia yang rata-rata pengguna tegar minyak RON95?  Soalan...

Labels

Show more