Skip to main content

Posts

Showing posts from May 14, 2014

Koleksi Kad Ucapan Sambutan Hari Guru Terbaik Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam pada itu, sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia. Jasa guru-guru amatlah berharga dan akan dikenang selama-lamanya. Kenapa perlu meraikan hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.Bagi tahun 2014 tema hari guru adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43. Admin ingin berkongsi Koleksi Kad Ucapan dengan anda semua.

Punca Sebenar Pengasas Dherbs Jadi Terlajak Gedik di iklan televesiyen atau suratkhabar?

Gara-gara iklan produknya di suratkhabar yang terlebih-lebih selain bapa kepada tiga anak itu sering muncul di kaca televisyen dengan gaya percakapan yang menjengkelkan.  Akhir-akhir ini boleh tahan juga cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada pengasas produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs),   Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Ikuti sebahgaian temubual dari wartawan  MalaysiaGazette Datuk perasan tak ada orang yang tidak suka cara Datuk promosi produk sama ada di televesiyen atau suratkhabar? Saya memang perasan. Perasaan saya amatlah gembira kerana sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tahu banyak blog dan website yang kutuk diri saya kerana terlalu over di televisyen. Hakikatnya hanya di televisyen sahaja. Realitinya kehidupan saya biasa-biasa sahaja. Tujuan saya hanya untuk promosi produk saya. Saya muncul di zaman di mana gergasi syarikat kosmetik di luar yang sudah menakluki Malaysia. Justeru susah untuk diri saya nak pasarkan produk ...

Pembantu Rumah Terlajak Laris rompak Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri Edisi Gambar

“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, kerugian ribuan ringgit apabila wang tunai dan barangan kemas miliknya dan isteri dilarikan oleh dua pembantu rumah mereka dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di sini hari ini. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.      “Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana ...

Labels

Show more