Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Mitos : Tidak boleh bergambar 3 orang nanti seorang akan mati.

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera. Seringkali kita mendengar dari saudara mara malah sahabat handai apabila musim perayaan atau apa pun jua majlis pasti akan ada kedengaran larangan bergambar 3 orang. Pernah mendengar larangan foto bertiga? Ya, dikhabarkan  mitos ini dilanggar, maka orang yang berfoto di tengah akan meninggal. Mitos ini telah dijaja dari segenap usia dari zaman dulu hinggalah zaman sekarang. Malah ada juga masyarakat terpengaruh dengan mtos ini kerana bimbang  jika orang yang disayangi akan mati. Jadi mitos ini akan terus menghantui semua masyarakat dalam aksi bergambar 3 orang. Apa yang pasti mitos ini dimaklumkan dibawa oleh masyarakat Jawa yang percaya bahwa kejadian-kejadian di alam sekitar berhubungan dengan pertanda yang berusaha mengingatkan makhluk hidup yang tinggal di dalamnya, termasuk manusia.  Sebagian orang percaya bahwa mitos ini hanyalah sesuatu yang dianggap berhubungan dengan magis dan musyrik, namun, kami tidak membahas apaka...

Ketuat Pada Kemaluan Wanita Tanda Penyakit Kelamin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa itu jangkitan Human Papilloma Virus? Ini adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia mungkin bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan barah pangkal rahim pada masa akan datang. Apakah penyebab penyakit ini? Virus HPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan pada kemaluan lelaki dan juga lapisan pangkal rahim wanita. Terdapat pelbagai jenis virus ini termasuklah jenis 6 dan 11 yang banyak menyebabkan ketuat pada kemaluan. 70% daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV jenis 16 dan 18. Apakah vaksin yang ada dan bagaimana vaksin ini diberikan? Vaksin ini diperbuat dengan menggunakan protein daripada setiap satu daripada 4 jenis virus HPV yang boleh menyebabkan penyakit yang serius. Vaksin ini diberi kepada remaja-remaja bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya barah pangkal...

Punca Wanita Bekerja Menjadi Penghuni Neraka

Menghina atau mengumpat suami Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.

Oral seks / Budaya Merokok / Minum Arak Punca Kanser Mulut

Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu. Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut. Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan. “Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV ( Human Papilloma Virus ) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya. Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda. “Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. Sumber : Harian Metro

Petua Mencuci Buah Pinggang dari garam,toksid dan racun

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bah an-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain. Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan. Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan garam serta  racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang. Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar. Caranya adalah seperti berikut:-: 1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang 2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2 3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih. 4. Rebuskan daun...

Cara-cara Mendidik Anak Dengan Betul Dalam Islam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Minyak Petrol RON95 Lagi Mahal Dari RON97 ?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini kenaikan 20 sen harga minyak petrol RON97 menjadi RM 2.90. Bagi admin yang tidak mampu membeli minyak RON 97 ini mungkin tidak merasa apa-apa kesan dari kenaikan ini. Ini kerana admin hanya mampu beli minyak RON95 walaupun tahu bahawa kualiti minyak kurang baik kepada enjin kereta  pada jangka masa panjang. Namun secara tidak sengaja admin tergoogle satu blog yang memberi penjelasan hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat bahawa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal dari RON97. Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetap...

Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   Jerawat yang sudah kering atau jerawat yang dipicit akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Terdapat 5 petua untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:- Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.Selepas tempek dekat muka dan biar sehingga kering. Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun Bahan-bahan: Timun Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.  Me...

Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia ke -25 / 2013

Festival Filem Malaysia mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan di’acarakan oleh Fahrin Ahmad & Erra Fazira yang berganding buat pertama kali.  Anugerah ini merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia dan diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM 25). Berikut adalah senarai keseluruhan barisan pemenang FFM25:  ANUGERAH PERDANA  Filem Terbaik: "Bunohan" Filem Box-Office: "Ombak Rindu" Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik: "Petaling Street Warriors" Pengarah Filem Terbaik: Dain Iskandar Said ("Bunohan") Pelakon Harapan Wanita: Jojo Goh ("29 Februari") Pelakon Harapan Lelaki: Izzue Islam ("29 Februari") Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri ("Songlap") Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafie Naswip ("Songlap") Pelakon W...

Kenapa orang yang masih hidup ajar orang yang hampir mati itu:" Laa Ilaaha Illallah.”

 Assalamuala ikum dan Salam Sejahtera. Ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana Iblis d atang m engganggu k etika s akaratul m aut. Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut di susun menjadi 7 golongan dan rombongan.  Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”  Rombongan 1 Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu ny...

Labels

Show more