Skip to main content

Posts

Showing posts from March 24, 2015

Berat Susu tepung formula Dutch Lady 1 kg ke 900 gram dengan pek berwajah baru sempena GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terus terang cakap, admin pernah melalui situasi ini pada susu formula Dugro.Nampaknya kehadiran GST disambut oleh pihak Dutch Lady mengurangkan berat susu formula mereka dengan pek berwajah baru. Pada admin di mana rasionalnya meghabiskan wang untuk mereka cipta corak baru pada pek pembungkusan susu formula  jika kos reka cipta itu terpaksa diserap kepada pengguna.Akhirnya pengguna terpaksa membelinya dengan berat yang dikurangkan.Sedangkan pengguna rasa tiada manafaat atau satu kebaikan pun pembungkusan baru itu. Sebelum ini admin biasa beli susu dutch lady dengan harga promosi RM 21.90 -22.90 dengan berat 1 kg. Memandangkan anak-anak admin boleh minum susu dutch ladu ataupun dugro tanpa sebarang masalah,jadi admin akan bertukar jenama susu mengikut prmosi yang mana lebih murah. Jika susu Dugro lebih murah walaupun beratnya sedah lama 900 gram admin akan tetap membelinya jika susu dutch lady pada waktu itu berharga RM 24.90-28.90. ...

Berbaloikah upgrade Huawei Honor 3C ke Huawei Honor 4X

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak akhir-akhir ini,admin dalam keadaan teruja menantikan Huawei  melancarkan Honor 4X secara rasmi di Malaysia. Honor 4X adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor Huawei. Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM. Honor 4X ini  ditawarkan di pasaran China  di mana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450) sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).Jika dilihat pada spesifikasi Honor 4X, ia adalah saingan rapat kepada Xiaomi Redmi Note 4G yang berharga dalam RM589 (sebelum harga...

Labels

Show more