Salam takziah atas pemergian Allahyarham Izwan Pilus. Beliau dilahirkan pada 24 November 197. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah. Berita pemergian Allahyarham Izwan Pilus ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi. Di atas ialah tweet terakhir daripada Allahyarham. Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah dan virus kencing tikus. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan. Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang. Rakan artis dan ...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..