Skip to main content

Posts

Showing posts from March 10, 2013

Minyak Petrol RON95 Lagi Mahal Dari RON97 ?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Baru-baru ini kenaikan 20 sen harga minyak petrol RON97 menjadi RM 2.90. Bagi admin yang tidak mampu membeli minyak RON 97 ini mungkin tidak merasa apa-apa kesan dari kenaikan ini. Ini kerana admin hanya mampu beli minyak RON95 walaupun tahu bahawa kualiti minyak kurang baik kepada enjin kereta  pada jangka masa panjang. Namun secara tidak sengaja admin tergoogle satu blog yang memberi penjelasan hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat bahawa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal dari RON97. Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetap...

Labels

Show more