Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Apabila Shah Rukh Khan antara penerima zakat dari Lembaga Tabung Haji.

Bila disebut pelakon Hindi terkenal ini pernah menjadi isu hangat negara sekitar tahun 2008 apabila dikurniakan gelaran ‘Datuk’ sempena Ulangtahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70. Akan tetapi rakyat Malaysia pasti kecoh apabila dimaklumkan dari media masa bahawa Shah Rukh Khan antara 248 orang yang menerima bantuan Lembaga Tabung Haji (TH) sudah pasti nama ini menjadi perbualan hangat di media sosial. Namun begitu sebagai pembaca anda tidak perlu melatah kerana yang menerima zakat ini bukan pelakon hindi sebaliknya adalah seorang pelajar yang namanya serupa nama pelakon hindi tersebut di mana pelajar ini mendapat bantuan zakat menerusi Projek Iqra 2014 peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, semalam. Bantuan zakat pendidikan RM500 berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM124,000 itu disampaikan Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TH, Mohammad Saimi Mat Som. Shah Rukh Khan Mohamad, 14, pe...

Tanda Biru WhatsApp bakal menimbulkan masalah kepada pengguna

Apabila telah memiliki telefon pintar, satu applikasi yang wajib kita install adalah Whatsapp. Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi sesama insan di mana jua kita berada kerana faktor kesenangan dan murah.  Salah satu kegunaan Whatsapp adalah fungsi untuk membentuk kumpulan yang membolehkan kita berbual-bual dengan ramai orang secara serentak.  WhatsApp telah melancarkan satu ciri baru iaitu yang membolehkan pengguna untuk melihat samada mesej mereka telah dibaca ataupun tidak.Jika penerima telah membaca mesej tersebut, ia akan menunjukkan tanda biru. Ciri ‘mesej dibaca’ adalah benar-benar mudah untuk menggunakan dan memahami; apabila anda menghantar mesej kepada penerima, anda akan melihat tanda kelabu di bawah teks, mengesahkan bahawa mesej anda telah dihantar, tetapi jika penerima membuka WhatsApp dan membaca mesej anda, maka tanda itu akan bertukar menjadi biru. Sentiasa ingat tanda tersebut hanya akan bertukar ke biru jika mesej anda telah dibac...

Labels

Show more