Kulit yang sihat perlulah dijaga dari dalam. Kita selalu sibuk nak cari krim kecantikan ataupun pencuci muka yang terbaik malah harganya sampai ratusan ringgit demi mendapatkan hasil yang terbaik tetapi kita terlupa bahawa pemakanan juga penting dalam menjaga kesihatan kulit kita. Selain pengambilan vitamin dari sumber makanan namun ianya tidak mencukupi melainkan kita mendapatkannya dari produk suppliment vitamin yang boleh di dapati di farmasi. Mari kita lihat vitamin-vitamin yang perlu untuk kulit yang sihat. 1. Vitamin C . Antara penemuan baru dermatologi yang paling penting adalah kuasa vitamin C untuk menangani kesan daripada pendedahan cahaya matahari. Ia berfungsi dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, hasil sampingan yang merbahaya cahaya matahari, asap, dan pencemaran. Radikal bebas menelan kolagen dan elastin, serat yang menyokong struktur kulit, menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan. Pastikan diet anda termasuk banyak...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..