Skip to main content

Posts

Showing posts from June 18, 2013

Pelajar ditangkap Kastam Kerana Beli Senapang M16 Tiruan Melalui Internet

Contoh senjata tiruan  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Obses masyarakat kepada senjata tiruan memang menjadi kegilaan kepada remaja mahupun orang dewasa untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun hobi. Namun apa yang kita tidak sedari adalah tindakan kita ini bakal mengundang masalah dari pihak berkuasa. Admin melihat perkara ini bahawa  masyarakat masih tidak mengetahui baahwa memiliki senjata tiruan samaada untuk tujuan hobi atau sebaliknya adalah salah dari segi undang-undang. Perkara ini terjadi kepada seorang pelajar merujuk kepada akhbar KOSMO di mana keghairahan seorang pelajar tingkatan tiga membeli 'mainan' berupa beberapa laras senjata tiruan melalui internet mengundang padah apabila dia dicekup Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh kelmarin. Remaja berusia 15 tahun terbabit ditahan di rumahnya di sini berdasarkan alamat tertera pada bungkusan kurier yang dikesan menerusi mesin pengimbas Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh Sabtu lalu. Pengarah Kas...

Pemilik laman web www.jiwang.org diberkas KPDNKK

PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan. Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas. "Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG. "Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama d...

Labels

Show more