Skip to main content

Posts

Showing posts from May 20, 2014

Panda Malaysia Sudah Tiba Di Zoo Negara

Gambar Hiasan Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi. Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan. Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif. Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012. Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zo...

Cara Marketing Penjualan Huawei Honor 3c menimbulkan rasa tidak puas hati pembeli

Menjadikan kebiasaan bagi sesuatu produk apabila dilancarkan secara rasmi dan menerima sambutan hangat dan laris penjualannya. Kebiasaanya pihak syarikat akan menambah pengeluaran untuk menampung permintaan yang sedia ada. Namun apa yang admin lihat kepada situasi Huawei Malaysia yang melancarkan produk terbaru iaitu Honor 3C di mana sambutan terhadap smartphone ini amat luar biasa. Dalam masa yang sama Huawei Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan Vmall.my , apa yang dipanggil "platform eCommerce baru" (bagaimana kita panggil kedai online ), yang khusus bagi rakyat Malaysia untuk membeli produk Huawei di atas talian di samping penjualan di kedai telefon terpilih terutamanya Honor 3c ini.. Apa yang berlaku sekarang adalah selepas pelancaran rasmi, Honor 3c telah habis dijual di kedai Vmall.my sendiri. Agak sukar untuk mendapatkan stok baru bagi handphone Honor 3c ini di mana-mana kedai handphone dengan alasan kehabisan stok. Pembeli terpaksa menunggu berhari...

Labels

Show more