Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2012

Kebaikan Vitamin B Complex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya untuk mendapatkan faedah yang optimum. Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing. Vitamin B-Complex terdiri daripada :- Vitamin B1 (thiamine) Vitamin B2 (riboflavin) Vitamin B3 (niacin or niacinamide) Vitamin B5 (pantothenic acid) Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, or pyridoxamine, or pyridoxine hydrochloride) Vitamin B7 (biotin) Vitamin B9 (folic acid) Vitamin B12 (various cobalamins; commonly cyanocobalamin in vitamin supplements)   Siapa sebenarnya yang perlu Vitamin B-complex ? Semua indiv...

Logo baru Hari Merdeka 2012

Logo baru Assalamulaikum... Selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas. Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop. Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti  Berita Harian,   Utusan Malaysia  dan New Straits Times  sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya. Logo Merdeka  2012 Yang Lama Selain daripada itu, ia juga mempunyai logo 1Malaysia serta tulisan "Merdeka" dan "Janji Ditepati". Nampaknya, logo kali ni nampak lebih menarik dan sesuai dengan tema merdeka negara ini

Labels

Show more