Skip to main content

Posts

Showing posts from April 17, 2014

Mangsa Pertama Jemaah umrah meninggal dunia di Malaysia kerana Wabak East Respiratory Syndrome Coronavirus (Mers-CoV)

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki pada 13 April lalu yang baru pulang daripada mengerjakan umrah akibat dijangkiti sindrom pernafasan "middle east respiratory syndrome coronavirus' (MERS-CoV), yang juga merupakan kes pertama dilaporkan di Asean. Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) berkata hasil siasatan mendapati punca kematian adalah akibat "Pneumonia Secondary to MERS-CoV" yang teruk.Beliau berkata pihak kementerian sedang menjalankan aktiviti pencegahan serta kawalan termasuk pemantauan terhadap mereka yang pernah bersentuhan dan rapat dengan mangsa serta 15 anggota jemaah umrah yang turut pergi bersama-sama mangsa ke Tanah Suci. "Untuk tujuan ini juga, orang awam yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu adalah diminta menghubungi pihak kementerian bagi tujuan pemantauan," katanya.Lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari B...

Labels

Show more