Skip to main content

Posts

Showing posts from January 20, 2014

Jom Bantu Warga Malaysia Yang Ditahan di Sweden Kerana Memukul Anak Tak Solat

Sweden melaksanakan Akta Perlindungan Kanak-kanak (Child Protection Act) yang ketat. Seperti dijelaskan Kedutaan Sweden di Malaysia, semua bentuk hukuman dera (corporal punishment) terhadap kanak-kanak termasuk memukul, menampar, mencubit, menarik rambut dan merotan dianggap sebagai menyalahi undang-undang (illegal) dan menyalahi norma masyarakat setempat. Sweden adalah negara pertama mengharamkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak dalam semua keadaan - sama ada di rumah atau di sekolah - mulai 15 Mac 1979. Sejumlah 24 negara telahpun melaksanakan undang-undang yang serupa sejak daripada tarikh tersebut. Menurut Seksyen 5, Swedish Penal Code, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara antara 6 bulan dan sepuluh tahun bergantung kepada merit sesuatu kes. Walaupun pihak Kedutaan Sweden menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan di Stockholm, negara itu menjunjung 'kebebasan kehakiman' dan Kedutaan Sweden ti...

Labels

Show more