Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

5 Situasi Masalah dihadapi oleh wanita mempunyai buah dada besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memiliki payudara yang besar memang impian setiap wanita, namun berhati-hati dengan keinginan anda sebab tidak selamanya payudara besar nampak menarik dan sesuai dengan harapan anda jika itu aset utama untuk menarik perhatian pasangan anda. Memiliki ukuran payudara yang besar memang menjadi anugerah untuk wanita namun seringkali payudara besar juga mendatangkan masalah contohnya saja dalam memilih busana dan aktiviti seksual. Payudara memang bukan untuk dipamerkan atau dipertontonkan dengan bebas karena itu merupakan aset anda dan pasangan anda. Namun karena bentuk dan ukurannya yang menonjol maka payudara menjadi perhatian orang terutama mata lelaki. Payudara yang besar tentunya bukan menjadi musibah bahkan menjadi nilai lebih bagi anda wanita yang mendapatkannya dengan natural bukan dengan suntiank silicon maupun pemasangan implan payudara. Apakah memiliki payudara yang besar merupakan suatu  musibah untuk anda? Nanti dulu, m...

Cara Pilih Modem Broadband 3G untuk liputan kawasan luar bandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di sini saya akan terangkan cara memilih modem broadband yang terbaik digunakan sekiranya anda berada kawasan luar bandar terutama sekali bagi rangkaian CELCOM dan MAXIS sahaja. Dalam proses membeli modem broadband, perkara penting yang perlu anda lihat modem itu mestilah menyokong rangkaian HSDPA/UMTS 2100MHz dan juga 900MHz. Ini adalah kerana rangkaian Celcom dan Maxis sekarang menggunakan rangkaian 3G 900MHz untuk kawasan luar bandar termasuklah di tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Bila modem anda yang anda beli tidak menyokong rangkaian 3G 900MHz, maka anda akan hairan apabila kenapa kata ada liputan 3G dan apabila cuba tiada liputan 3G. Jangan sesekali terkeliru dengan specfikasi  GSM/GPRS/EDGE 900MHz. Pastikan modem broadband itu ada ditunjukkan specfikasi UMTS/HSDPA 900MHz. Model-model dari Huawei yang menyokong HSDPA/UMTS 900MHz.yang berada dalam pasaran Malaysia dan salah satunya iaitu model Huawei E173.Biasanya model...

Petua Mudah Bersalin Dengan Virgin Coconut Oil @ Minyak kelapa Dara

Petua Untuk Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa dara. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Bila YB Instagram Burungnya bersama Burung Liverpool.

[HM] Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu. Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu. Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial. Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.”  Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini.  “Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. - AFP  ...

Anda suka minyak RON95 ditukar RON91? Sila beri komen anda !

Assalamualikum dan Salam  Sejahtera. Dilaporkan tidak lama lagi, kerajaan Malaysia bakal memperkenalkan RON 91 sekaligus menggantikan RON 95 seperti yang anda gunakan sekarang yang dijual RM1.90 seliter. Dalam erti kata lain, pengenalan minyak petrol RON 91 adalah salah satu ikhtiar kerajaan untuk menurunkan harga minyak petrol untuk anda semua. Mari kita lihat negara-negera di bawah dan jenis minyak RON yang ditawarkan kepada rakyat mereka. Colorado:  Negeri Colorado adalah antara sekumpulan negeri di mana petrol tanpa plumbum biasa mempunyai tahap oktana yang lebih rendah (85) daripada yang biasa di tempat lain di negara ini (87). Ref: http://www.aaa.com/aaa/006/EnCompass/2007/mar/mar_AutoTalk.htm Australia:  "biasa" bahan api tanpa plumbum adalah 91 RON, "premium" dengan 95 tanpa plumbum RON adalah meluas, dan 98 bahan api RON juga agak biasa. Shell yang digunakan untuk menjual 100 RON petrol (kandungan etanol 5%) daripada sebilangan kecil...

Minyak RON91 bakal jadi pilihan rakyat Malaysia?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu  RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. Apabila kerajaan bercadang untuk menggantikan minyak RON95 pada harga siling yang telah ditetapkan RM1.90 seliter sebelum ini ke minyak RON91.Ini adalah satu langkah kerajaan dalam usaha mengurangkan kos yang perlu ditanggung dalam pemberian subsidi RON 95.Ini kerana harga RON95 tidak boleh diturunkan sewenang-wenang walaupun harga minyak pasaran menurun sebab ianya minyak bersubsidi. Akan tetapi sejauh manakah harga minyak RON91 itu nanti dapat mengurangkan beban rakyat Malaysia yang rata-rata pengguna tegar minyak RON95?  Soalan...

Tidak Puas Mercun Bola Kini Mercun Kelapa Jadi Sasaran

Gambar Hiasan : Mercun Kelapa Assalamualaikun dan Salam Sejahtera. Rakyat Malaysia kini memang suka mencuba terutama orang Melayu dalam bab mercun.Bagaikan satu kewajipan untuk bermain mercun di kala muncul bulan Ramadhan. Sanggup menyuludup masuk dan menjualnya demi keuntungan berganda. Mereka bukan sahaja menyeludup pelbagai mercun yang biasa dilihat seperti mercun bola,mercun telur,mercun katak,mercun naga dan sebagainya namun terbaru di pasaran mercun ini mula mendapat perhatian kepada penggemar mercun iaitu kelapa pandan yang dianggap terbaru dalam pasaran.. Dengan saiz sebesar itu ia dikatakan mampu mengeluarkan letupan yang dapat didengar sehingga sejauh satu kilometer.Semua mercun itu dipercayai dibeli secara kecil-kecilan dari negara jiran dan disimpan di dalam rumah itu sebelum dijual menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.Dengan menjual mercun-mercun itu,  mampu mendapat untung berlipat ganda dengan menjualnya sehingga ribuan ringgit dengan modal ya...

Keluhan Rasa Untuk Penjual Mercun Bola,Mercun Kelapa

Gambar Hiasan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Admin kurang senang apabila melihat kanak-kanak atau para belia bermain mercun secara terbuka..Bermain mercun bukan sahaja membahaya kini sendiri tetapi juga orang lain yang lalu lalang.Sudah banyak kes telah berlaku saban tahun di mana mangsa mercun adalah orang yang berada sekitarnya. Tiap-tiap tahun pasti ada mangsa mercun yang putus jari dan tangan kerana mercun.Begitu mudah rakyat Malaysia mendapatkan mercun-mercun ini seolah-olah tiada penguatkuasaan dari pihak berkuasa walaupun ada larangan dari pihak berkuasa. .Tetapi ingatlah,jika anda diluar sana yang kini menjual mercun. Dengarlah keluhan selaku ibubapa kepada kanak-kanak yang sedang membesar.Kami ibubapa akui cuba sentiasa mengawasi anak-anak agar tidak bermian mercun namun  tidak mampu mengawasi mereka 24 jam sehari. Pasti ada kebolosan waktu mereka akan mencuri peluang untuk bernain bersama kawan-kawan diluar pengetahuan kami.Bahaya pasti menanti mereka ap...

Antara Solat Sunat Tarawih 8 dan 20 rakaat. dan kelebihannya

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat.Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat. Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Dalil Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan menghara...

Jangan biarkan Mercun Bola rosakkan masa depan anak dan keluarga anda

Assalamulalaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini admin nak berkongsi tentang bahaya bermain mercun. Pelbagai jenis mercun yang dijual secara haram di pasaran terbuka apabila menjelma bulan Ramadhan. Tetapi mercun yang ingin admin war-warkan di sini adalah mercun bola.  Tahukah anda bahawa mercun bola adalah paling merbahaya dimainkan di musim perayaan. Mercun bola juga dikenali " bom tangan junior ". Kebanyakan kes kemalangan yang melibatkan kes bermain mercun bola iaitu putus jari,tangan dan kecederaan parah pada anggota badan,mata buta dan telinga pekak yang telah dilaporkan adalah berpunca daripada mercun jenis ini.Namun, sesetengah individu tidak mengendahkan langsung akan bahayanya mercun.Mercun bola amat merbahaya kepada Ibubapa sepatutnya memain peranan yang besar bagi mengawasi setiap pergerakkan anak-anak mereka dan mengelakkan daripada anak-anak mereka terjebak dari membeli dan bermain dengan mercun bola kerana impak mercun bola apabila tersilap langkah akan m...

6 Resepi Biskut Raya Terbaik Pilihan Sepanjang Zaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Hari ini admin ingin berkongsi tentang kuih raya.Sudah menjadi lumrah apabila beraya nanti. Kuih raya pasti akan menjadi topik hangat apabila bertandang ke rumah sahabat handai mahupun jiran. Kadangkala admin lihat trend masyarakat kini lebih suka membeli kuih raya yang jenis bundle kerana murah namun dari rasa orang kata belakang kira janji ada kuih raya. Ada pula bila menziarah kuih yang dihidangkan pula tiada tetapi pelbagai jenis kerepek dan kekacang dengan alasan paling murah dan tahan lama.Apa apa pun alasan yang diberikan tidak mematahkan semangat raya untuk merayakan bersama kuih raya yang popular di rumah anda. Tidak kisahlah samda kuih raya itu kuih yang yang ditempah ataupun buat sendiri. Terdapat pelbagai jenis kuih raya namun admin pasti kuih raya  utama pasti menjadi pilihan dalam mengisi 6 balang kuih raya di rumah anda.Apakah resepi kuih raya yang menjadi pilihan anda? Yang pasti resepi kuih raya terbai...

Astaxanthin Berkesan Dalam Rawatan Diabetis Tahap 2

Satu kajian menunjukkan bahawa Astaxanthin mampu mengurang dan mencegah Diabetis Jenis 2 dimana di dalam kes ini, pesakit mengalami kekebalan insulin tapa diketahui sebabnya. Dianggarkan terdapat hampir 6 juta penghidap diabetes di Malaysia dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Walaupun terdapat ubat untuk merawat penyakit ini, namun perlu diingatkan bahawamia hanya sekadar membantu mengurangkan kandungan gula di dalam darah tetapi tidak menyembuhkan penyakit. Ini yang menjadi buah fikiran dan ingatan semua orang apabila bercakap mengenai diabetes, mereka beranggapan bahawa ubat-ubat kecing manis membantu menyembuhkan penyakit mereka tetapi tanggapan ini salah sama sekali. Anda perlu sedar bahawa ubat diebetes yang terdapat di pasaran dan hospital seluruh negara adalah masih lagi diperingkat ujia jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia dalam mengurangkan kekebalan insulin di dalam badan. Ubat diabetes yang popular seperti Metformin didapati hanya membantu m...

Kebaikan Cuka Epal Organik Disebalik Rasa Masam

 Adakah anda tahu cuka epal sangat baik untuk kesihatan?. Mungkin anda pernah dengar kawan-kawan mengesorkannya atau anda pernah mengambilnya tapi tidak tahan kerana rasanya yang masam. Sememangnya banyak penawar penyakit yang Allah jadikan rasanya sangat tidak sedap, pahit atau masam. Namun bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan secara semulajadi semua itu tidak menjadi alasan untuknya demi memperoleh kesihatan yang baik. Saya telah mula mengambil cuka epal ini sejak 4 hari yang lalu memandangkan saya mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan telah meninggalkan ubat darah tinggi disyorkan oleh pihak hospital kerana bimbangkan kesan sampingan. Saya memilih untuk mengatasi masalah ini dengan cara penyembuhan semulajadi melalui cuka epal.Di samping itu juga cuka epal dapat membantu kita menurunkan berat badan di bahagian yang bermasalah.Insyaallah dengan dengan mengambilnya secara konsistan sebelum makan sahur mungkin di hari raya nanti bolehlah badan yang unggul. Sesiapa yang in...

Kuruskan Badan Anda Sepanjang Ramadhan dengan Apple Cider Vinegar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Admin ingin berkongsi dengan anda  semua tentang cuka epal kerana buat masa ini di bulan puasa admin ada membeli cuka epal untuk tujuan kesihatan di samping mengurangkan berat badan secara tidak langsung. Ungkapan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Ramai yang menganggap APPLE CIDER VINEGAR   adalah penyediaan terbaik dari buah epal. APPLE CIDER VINEGAR   organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan APPLE CIDER VINEGAR   yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yan...

Labels

Show more