Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Kisah Kisah Den Wahab Vs Nd Lala. Apakah hukum orang tidak mahu membayar hutang?

PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu. Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan. "Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin. Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas ber...

awasi anak-anak anda dari dijangkiti demam denggi

Sekarang ini banyak betul orang kena demam denggi. Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Admin cukup risau takut kalau anak-anak terkena demam denggi. Biasanya admin waktu malam akan pasang ubat nyamuk elektrik dan tak cukup dengan itu admin guna ubat nyamuk spray Shelltox H2O untuk penyedap hati.Harap-harap nyamuk tak mengganggu anak admin sampai pagi. Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka ini boleh mengakibatkan pendarahan..Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, pesakit tu akan keluar darah dari kulit, mulut, hidung, mata...yang membawa maut. Simptom-s...

Masalah susu formula bayi semakin mahal ada kerajaan ambil kisah?

Admin kagum dengan usaha seorang ibu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap susu formula yang semakin mahal di sebuah suratkhabar tempatan baru-baru ini dengan harapan dapat menarik sedikit perhatian para menteri di Malaysia ataupun pihak pembangkang untuk melihat masalah ini suatu yang serius dan membangkit perkara ini di Dewan Rakyat ataupun kerajaan membuat sesuatu tentang perkara ini.Katanya peningkatan harga susu formula akan menyebabkan ibubapa berpendapatan rendah terpaksa membeli susu yang kurang berkualiti. Nampaknya isu ini hanya mendapat perhatian oleh rakyat bawahan seperti admin yang mengalami masalah sepertinya. Admin juga seorang bapa tahu susu formula semakin mahal lebih-lebih lagi yang berkualiti dan setiap ibubapa terpaksa memperuntukkan yang agak besar semata-mata susu formula sahaja bagi penggunaan sebulan.Bagi admin sendiri mempunyai 2 orang anak yang  minum susu formula kena keluarkan anggaran RM 200++ untuk pembelian susu sahaja dan itu tidak ter...

Ulasan Filem Jin 2014 vs Filem Rahsia 1987.Mana lebih seram?

Semalam admin berkesempatan menonton filem Jin arahan Pierre Andre di Astro First. Selepas menonton filem ini rasanya tidaklah sehebat filem jangan Padang Belakang dari segi aspek seramnya. Filem Jin ini, admin lihat agak biasa biasa sahaja dari segi jalan cerita,bunyi efeks dan pelakon.Mungkin admin terlalu menharapkan filem arahannya akan lebih menyeramkan dari filem Jangan Padang Belakang. Kalau admin bandingkan filem Jin ini dengan filem seram tahun 80 an contohnya filem Rahsia lakonan Noor Kumalasari. Bagi admin,filem Rahsia lebih menyeramkan sama ada dari segi jalan cerita,bunyi efek dan pelakon itu sendiri.Nampaknya filen Jin ini gagal dengan dengan filem Rahsia. Kalau anda tidak percaya cuba tengok filem Jin dan filem Rahsia dan bandingkan.Itu pandangan ikhlas  admin okay.Nak komen pendapat admin. Jalan cerita filem agak mendatar pada permulaan cerita tetapi bila sudah pertengahan barulah elemen seram menjelma.Klimaks seram dalam filem ini admin rasa macam tak ada.Tah...

Berbaloi beli promosi Original Arun Power Bank 5600mah hanya RM 9.90

Sebelum ini admin tidak pernah pun berhajat nak beli power bank.Rata rata pemilik smartphone mesti akan ada back up bateri. Power bank sudah menjadi satukemestian setiap pemilik handphone masakini.Hendak harapkan bateri handphone untk bertahan sehari memang agak sukar walaupun ada syarikat telefon menjamin ketahanan bateri selama sehari. Itu pun dengan penggunaaan yang sederhana bukannya heavily user macam admin yang selalu main games online,mengunakan 3G dan wifi setiap masa.Powerbank yang popular sekarang ini Pineng.Namun begitu powerbank klon menggunakan jenama popular semakin berluasa.Jadi kalau hendak beli jenama popular admin nasihat berhati-hati supaya tidak tertipu. Jadi secara kebetulan admin tengah online facebook dan ternampak iklan promosi powerbank hanya RM 9.90 dengan status limited time only di website Ukuzone.Apa lagi terus klik dan baca cara nak buat pembelian.Sapa nak bagi harga macam ini RM 9.90 dengan kapasiti 5600mah.Kalau kat luar powerbank jenis 2600mah pun...

Nokia Lumia 530 hanya RM 57.00 Sempena Hari Malaysia 12-16 September 2014

Sempena Hari Malaysia 2014 yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi hebat bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57.00.

Keistimewaan Golongan OKU Pakej Internet Streamyx 512 kbps hanya RM45 sebulan ?

Bagi golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) yang ingin  memiliki kemudahan internet di rumah, TM telah memperkenalkan pakej khas untuk mereka . Golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berpeluang melanggan internet dengan harga yang lebih murah dari kadar biasa. Ini adalah salah satu insentif daripada pihak kerajaan kepada golongan istimewaan ini bagi membuktikan bahawa kerajaan amat ambil berat dan prihatin terhadap golongan OKU di Malaysia. Prosedur untuk melanggan stramyx adalah macam biasa iaitu wajib kena ada talian telefon,di mana untuk talian telefon pun ada pakej OKU ini, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan manakala dikenakan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50. Info Tambahan : Bayaran yuran pengaktifan RM75 dikecualikan . Bayaran caj pemasangan modem dikecualikan. Semasa pendaftaran, pelanggan perlu melampirkan salinan k...

ABNxcess Pakej Internet 5Mbps RM69.99 Sebulan Vs Streamyx BB Deal 1Mbps RM110 sebulan ?

Nama ABNxcess memang begitu asing dikalangan ramai pengguna Malaysia buat masa ini. ABNxcess merupakan salah satu syarikat penyedia perkhidmatan internet dan juga sokongan IPTV. Namun, lokasi sokongannya masih terhad buat masa ini.Apa yang menariknya daripada ABNxcess pada tahun baru 2014 di mana mereka hadir dengan promosi menawarkan perkhidmatan mereka pada harga hanya RM69.99 sebulan untuk internet berkelajuan sehingga 5Mbps dan juga 50 saluran TV percuma. Jadi, mungkinkah dengan pengenalan pakej 5Mbps pada harga lebih rendah berbanding TM ini, ia akan membuatkan penyedia lain termasuk TM mengubah struktur harga pakej mereka?Admin harapkan persaingan yang sihat ini akan menguntungkan pengguna.Cukuplah dengan monopoli company tunggal di Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang masuk akal.

Pelan internet termurah RM 10 (1 Gb) ; RM 50 (6 Gb + 1Gb) dengan kelajuan 4G LTE

Setiap telco/penyedia internet mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap telco ada kawasan tertentu yang “kuat”, dan juga sebaliknya. Apapun, didalam artikel kali ini, admin fokus adalah untuk menjawab internet prepaid apakah yang paling murah.Dakwaan servis ini mampu menawarkan internet pada kelajuan sehingga 20MBps dan beroperasi pada band 850MHz. Syarikat telekomunikasi terkemuka lain menawarkan perkhimatan LTE ini pada band 1800MHz atau 2600MHz dan pengunaan rangkaian 850MHz menjanjikan akses ke lebih banyak kawasan luar bandar. Perkhimatan terbaru TM ini dikenali sebagai TMgo dan terdapat dua pelan yang akan ditawarkan melalui pelan ini iaitu pelan USB 4G LTE dan pelan 4G LTE MiFi.Mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil. Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperluka...

Tips Clash Of Clans : Strategi menyamun gold dan elixir

Dalam game Clash Of Clans (CoC)  ini, selain memperolehi resources dari Gold Mine dan Elixir Collector milik sendiri,kita perolehi  juga gold, elixir dan dark elixir (Town Hall 7 ke atas) dari tiap serangan ke base lawan melalui mode Attack Multiplayer. Gold amat diperlukan untuk melakukan upgrade bangunan manakala elixir dipergunakan untuk membuat dan mengupgrade pasukan, serta dark elixir dibutuhkan untuk membuat pasukan dari dark baracks. Kalau saya sendiri, dalam  mencari resources, maka saya akan melihat dulu resource apa yang saya perlukan. Apakah keperluan utama saya ketika itu sama ada gold, elixir, atau dark elixir. Dari sini, barulah saya mencari base lawan yang memiliki kapasitas resources yang cukup banyak untuk disamun. Bagaimana hendak menyamun gold, elixir dan dark elixir ? Cara Pertama : Pertama-tama siapkan pasukan adalah 1-2 healer, 14-16 giant, 4 bomb, goblin dan archer. Setelah base camp penuh dengan pasukan, buat pasukan lagi sehingga se...

Kenali Orang Kuat Clan Kedah Sempoi Clash Of Clan Edisi Bergambar :

Peperangan antara clan masih berterusan sehingga kini walaupun ada ahli clan Kedah Sempoi silih berganti. Member clan seperti BB agak mengejutkan suatu ketika dulu.mengambil keputusan meninggalkan Kedah Sempoi tanpa disangka-sangka.Semoga beliau sukses dengan clan miliknya sendiri iaitu clan Malaya. Yang masih menjadi member setia Kedah Sempoi dan kemasukan ahli-ahli baru yang hebat belaka sudah pasti menjadikan Kedah Sempoi antara clan yang tersempoi dan masih hidup dan bertahan sehingga sekarang. Pengasas clan Kedah Sempoi iaitu Leader 5zal.Beliau anak jati Kedah yang gagah perkasa merencana strategi peperangan antara clan dalam memastikan kemenangan mutlak tercapai.Sehingga kini Kedah Sempoi telah memenangi peperangan sebanyak 59 kali. Yang pastinya kemenangan ini dibantu oleh Co-Leader-Co-Leader yang setia.Tanpa mereka sudah pasti clan ini menjadi clan berhantu. Ingin mengenali wajah-wajah member clan Kedah Sempoi.? Jom kita usha...     SENARAI MEM...

Ketahui punca berat badan tak turun walaupun diet tak makan nasi

Ramai yang gagal menurunkan berat badan kerana tak faham dan tak tahu punca mereka menjadi gemuk. Ada yang kata makanan yang berlemak penyebab gemuk, tetapi sebenarnya kita gemuk kerana respons badan kita terhadap karbohidrat dan gula yang berlebihan, sehingga menyebabkan kegemukan sukar untuk dikawal. Maka mengamalkan diet karbohidrat dengan tidak mengambil nasi dan makanan yang berasaskan tepung selama berbulan-bulan lamanya.Akan tetapi berat badan masih tidak menunjukkan bahawa diet karbahidrat sangat efektif. Mengapa ini terjadi?Antara puncanya ialah gula kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan.Apa bila kita mengamal diet karbohidrat secara tidak langsung pola cara pemakanan kita berubah.Dalam mengelak makanan karbohidrat kita biasanya akan memperbanyakkan minum air tetapi lebih kepada minuman bergula. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan g...

Labels

Show more