Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Mesin Perah air mani dicipta untuk memudahkan penderma sperma

Hospital di China memperkenalkan satu mesin baru yang boleh memudahkan proses mengeluarkan sperma/air mani untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang menjadi penderma sperma. Mesin menderma sperma ini pertama kali diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibu kota wilayah Jiangsu, China. Mesin ini juga membolehkan penggunanya menyesuaikan tahap kelajuan, suhu, frekuansi serta mempunyai skrin kecil untuk memainkan filem-filem ghairah bagi membantu si penderma sperma tersebut untuk proses enjakulasi. Mesin yang datang dalam tiga warna iaitu warna merah jambu, kelabu dan putih ini juga boleh dilaraskan mengikut ketinggian pengguna/penderma. Menurut sebuah laman web yang mempromosikan mesin ini berharga $2800 setiap satu. Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Urologi di Zhengzhou Central Hospital telah mengesahkan penggunaan mesin ini yang akan membantu proses menjadi lebih mudah dan cepat serta selamat.Inilah rupa mesin automatik untuk untuk memudahkan proses menderma sperma yang te...

Hukum orang meminum air ketum ,memproses serta menjualnya air ketum

Pokok ketum atau pokok biak atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembap yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung. Batang pokok ketum berkayu keras dan bercabang. Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter dan garis pusat batang pokok boleh mencapai sehingga 1 meter. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.Di perlis di panggil daun biak, Banyak orang kampung ambil dan rebus minum air, Bernama melaporkan air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi “mitraginin” yang tahap ketagihannya sama dengan morfin. Apakah hukum orang yang meminum air ketum tanpa dicampur bahan lain hanya air rebusan daun s...

Ikan Kawakawa rahsia pencapaian cemerlang pelajar di negeri Kelantan dan Terengganu ?

Spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein omega yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata. Selain rasanya yang lazat dan bergizi, sejenis ikan laut dari suku Scombridae. Dikenali di Malaysia sebagai ikan tongkol merupakan salah satu jenis ikan tangkapan yang penting bagi nelayan. Dalam perdagangan internasional dikenal sebagai kawakawa, little tuna, mackerel tuna, atau false albacore. juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia. Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam..juga boleh dimakan bersama n...

Malaysia Kempunan Piala Thomas Lagi dan Kisah Liew Daren Si Kambing Hitam

Sesuatu yang menyedihkan apabila impian menjulang Piala Thomas 2014 tidak kesampaian. Yang pasti ini mungkin pencapaian terbaik setelah 12 tahun. Mungkin kita akan terpaksa menunggu mungkin 12 tahun lagi atau lebih untuk ke final Piala Thomas. Dato Lee Chong Wei mungkin akan bersara selepas ini.Siapakah yang mampu menggalas bebanan Dato Lee Chong Wei dalam perseorangan negera.Sudah pastinya, calon itu masih tercari-cari sehingga kini. Malaysia perlu melakukan perubahan dalam melahirkan bintang baru kerana admin melihat pihak badminton Malaysia masih bergantung penuh pada Dato Lee Chong Wei untuk menang sejak sekian lama di mana pertandingan antarabangsa. Berbalik kepada Piala Thomas 2014, yang pasti Dato Lee Chong Wei telah melaksanakan kewajipannya dengan cemerlang bagi pasukan Malaysia. Hakikatnya impian rakyat Malaysia menjadi musnah Malaysia gagal membawa pulang Piala Thomas setelah kalah dengan pasukan Jepun 3-2, malam tadi. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Si...

Hukuman Berat bagi Penyalahgunaan Daun Ketum di Malaysia

Daun ketum telah digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Malahan, air daun ketum juga dikatakan telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat penyakit tertentu seperti merawat sakit belakang, demam, batuk dan penyakit cacing serta sebagai penawar diabetes, darah tinggi dan lain-lain. Namun air daun ketum telah disalahgunakan oleh penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan. Daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik. Terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine. Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia...

Hati-hati Jika kawan anda minum air coca cola setiap hari kemungkinan dia seorang penagih air ketum

Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan. Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan. Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih ‘power’ bagi mereka yang sudah ketagih. Kalau nak air ketum ‘power’ anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ub...

Kesan dan bahaya jika minum air daun ketum berlebihan setiap hari

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biak atau Thom. Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah susut berat badan insomnia anoreksia bibir menjadi kering sembelit atau kesukaran membuang air besar. kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal) Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair sengal-sengal sendi mudah marah Kesan Mengikut Tahap Dos • Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif • Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos ren...

Ketagihan air ketum kini menular di kalangan murid sekolah rendah

Penagihan dadah dalam kalangan anak muda kita semakin membimbangkan. Munculnya pelbagai jenis dadah moden seperti ice, pil kuda, dan ekstasi bukan sahaja menjadikan cara manusia menghisap dadah berubah, malah menjadikannya merebak dengan begitu cepat. Kini, di beberapa negeri di utara tanah air, muncul pula kegilaan baharu masyarakat terhadap air ketum. Ia merupakan daun yang diambil dari sejenis tumbuhan yang tumbuh secara melata di beberapa negeri utara tanah air. Hakikat yang jarang diselidiki ialah sejauh manakah air ketum ini memberikan kebaikan dibandingkan dengan keburukannya ? Mereka yang telah beberapa kali meminum air ketum biasanya berpotensi untuk terus menjadi penggunanya. Pengguna yang cuba meninggalkannya pula akan berasa mengantuk, tidak senang duduk, malah ada yang mengadu mengalami cirit birit. Simptom ini sebenarnya sama seperti yang dialami oleh penagih heroin dan ubat batuk, malah penggunaan air ketum yang terlampau menyebabkan kulit muka menjadi seperti terb...

Sejauh mana Anda mengalami stress? Kenali Puncanya Sebelum Terlambat

Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan. Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam samada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai.Punca sebenar stress boleh dikategorikan kepada beberapa bahagain iaitu :-   Stress disebabkan persekitaran ·          Ruang tempat kerja yang sempit ·  ...

Panda Malaysia Sudah Tiba Di Zoo Negara

Gambar Hiasan Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi. Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan. Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif. Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012. Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zo...

Cara Marketing Penjualan Huawei Honor 3c menimbulkan rasa tidak puas hati pembeli

Menjadikan kebiasaan bagi sesuatu produk apabila dilancarkan secara rasmi dan menerima sambutan hangat dan laris penjualannya. Kebiasaanya pihak syarikat akan menambah pengeluaran untuk menampung permintaan yang sedia ada. Namun apa yang admin lihat kepada situasi Huawei Malaysia yang melancarkan produk terbaru iaitu Honor 3C di mana sambutan terhadap smartphone ini amat luar biasa. Dalam masa yang sama Huawei Malaysia turut mengambil peluang untuk melancarkan Vmall.my , apa yang dipanggil "platform eCommerce baru" (bagaimana kita panggil kedai online ), yang khusus bagi rakyat Malaysia untuk membeli produk Huawei di atas talian di samping penjualan di kedai telefon terpilih terutamanya Honor 3c ini.. Apa yang berlaku sekarang adalah selepas pelancaran rasmi, Honor 3c telah habis dijual di kedai Vmall.my sendiri. Agak sukar untuk mendapatkan stok baru bagi handphone Honor 3c ini di mana-mana kedai handphone dengan alasan kehabisan stok. Pembeli terpaksa menunggu berhari...

Ubat selsema paling berkesan dan tidak mengantuk

‘Rhinovirus’ ialah jenis virus yang paling kerap menyebabkan jangkitan ini kerana ia amat senang berjangkit.

Status halal Oat Choco brand Twinfish VS Oat & Wheat brand Cvmallow ?

Anda peminat Oat Choco? Yang manakah benar-benar halal dimakan?b kita tidak mahu kes ini terjadi macam isu Papero Lotte yang menjadi produk terlaris di Malaysia namun status halal diragui. Merujuk kepada oat Choco ini ada dua jenis iaitu jenama  dari Twinfish dan manakala satu  jenama dari Cvmallow.admin dah buat semakan antara keduanya mendati hanya satu sahaja mendapat pengesahan halal JAKIM iaity Oat Chocolate Choco (Brand : Twinfish) Berat : 400gm Kuantiti : 40-45pcs Status : Halal ( logo halal under ARA Halal Development Services Center) Oat and Wheat with White Chocolate. (Brand : Cvmallow) Berat : 400gm Kuantiti : 40-45pcs Buatan : Malaysia Status : Halal Malaysia Jadi,pilihlah dengan bijak. :)

Bagaimana Oat Choco jenama dari Twinfish statusnya halal ?

Memandangkan company yang menjual Oat Choco jenama dari Twinfish keluaran Fujian Fupaiyuan Foodstuff Corp Ltd, China  tidak mendapatkan penegsahan sijil halal JAKIM namun mereka ini memberi penjelasan mengenai status Halal produk ini yang mana memperolehi halal dari ARA Halal Development Services Center in Zhengzhou, Chin .Di antara penjelasan Oat Choco menegaskan bahawa :- "The factory producing OAT Choco has been certified by ARA Halal Development Services Center in Zhengzhou, China on 26 February 2014. All OAT Choco shipped from March 2014 onwards will be displaying the new logo. The certificate number issued to the factory bears the number: ARA-9011595-1402, which is attached here for your reference. ARA Halal Development Services Center has been listed as recognised (diiktiraf) foreign islamic body by JAKIM in their Feb 2014 listing." "Mencari yang HALAL adalah FARDHU (wajib) bagi setiap orang Islam" Riwayat Dailami .

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Rahsia untuk blok mesej CELCOM yang tolak kredit kita tanpa disedari

Admin hendak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan Telco yang sekarang semakin menjadi jadi.Tak cukup dengan hidden charge oleh pihak Telco, sekarang ni ada saja cara pihak Telco yang nak sedut duit pelanggan tanpa disedari.

Koleksi Kad Ucapan Sambutan Hari Guru Terbaik Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam pada itu, sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia. Jasa guru-guru amatlah berharga dan akan dikenang selama-lamanya. Kenapa perlu meraikan hari guru? kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.Bagi tahun 2014 tema hari guru adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi yang telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43. Admin ingin berkongsi Koleksi Kad Ucapan dengan anda semua.

Punca Sebenar Pengasas Dherbs Jadi Terlajak Gedik di iklan televesiyen atau suratkhabar?

Gara-gara iklan produknya di suratkhabar yang terlebih-lebih selain bapa kepada tiga anak itu sering muncul di kaca televisyen dengan gaya percakapan yang menjengkelkan.  Akhir-akhir ini boleh tahan juga cemuhan dan kritikan yang dilemparkan kepada pengasas produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs),   Datuk Aliff Syukri Kamarzaman Ikuti sebahgaian temubual dari wartawan  MalaysiaGazette Datuk perasan tak ada orang yang tidak suka cara Datuk promosi produk sama ada di televesiyen atau suratkhabar? Saya memang perasan. Perasaan saya amatlah gembira kerana sekurang-kurangnya ada orang sedar. Saya tahu banyak blog dan website yang kutuk diri saya kerana terlalu over di televisyen. Hakikatnya hanya di televisyen sahaja. Realitinya kehidupan saya biasa-biasa sahaja. Tujuan saya hanya untuk promosi produk saya. Saya muncul di zaman di mana gergasi syarikat kosmetik di luar yang sudah menakluki Malaysia. Justeru susah untuk diri saya nak pasarkan produk ...

Pembantu Rumah Terlajak Laris rompak Pengasas D'Herbs Datuk Aliff Syukri Edisi Gambar

“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil mereka (pembantu rumah), namun tiada jawapan. Kerana rasa tidak sedap hati, saya terus meluru masuk ke dalam bilik mereka dan mendapati semua barangan telah tiada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, kerugian ribuan ringgit apabila wang tunai dan barangan kemas miliknya dan isteri dilarikan oleh dua pembantu rumah mereka dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara di sini hari ini. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 12 tengah hari ketika beliau pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Aliff tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku, kerana sebelum ini beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya.      “Saya selalu tiada di rumah kerana urusan kerja di luar negara, justeru itu saya memberi kepercayaan kepada mereka bagi menjaga rumah kami kerana ...

Harga Mempelam Harumanis melonjak mencecah RM 28 sekilo pada tahun 2014

Mempelam Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya. Musim harum Manis adalah sekitar hujung bulan April hingga awal Jun. Bentuknya yang unik iaitu tembun dan montok menambahkan lagi keghairahan untuk menikmatinya.  Di bawah ini adalah rekod harga Harum Manis (1kg) untuk rujukan anda dalam membeli denagn harga yang berpatutan. Harga musim 2011 = RM16-18 Harga musim 2012 = RM17-20 Harga musim 2013 = RM20-22 (mencecah RM30 pada akhir musim) Harga musim 2014: 1 Mac hingga 31 Mac = RM23 / kg 1 April hingga 4 Mei = RM25 / kg 5 Mei hingga 20 Mei = RM28 / kg Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menjual mempelam lain dan mendakwa itu mempelam Harum Manis kepada pengunjung luar Perlis iaitr RM 30-35 sekilo. Itu amat mendukacitakan.Harga tinggi mempelam mungkin disebabkan permintaan yang tinggi s...

Powerbank Paling Murah : Xiaomi Power Bank 10,400mAh hanya berharga RM36

Pek bateri menggunakan bateri Lithium Ion dari LG dan Samsung manakala pengecasan selamat dipastikan dengan Texas Instruments mengenakan cip dengan 9 lapisan perlindungan. Ini membantu untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau, beban lampau dan kesilapan yang mungkin boleh merosakkan smartphone  anda. Pek bateri datang dengan butang kuasa besar dan mempunyai 4 lampu penunjuk menunjukkan tahap bateri. Ia datang dengan saiz penuh port USB tunggal yang menolak 2.1a. Ini harus cukup yang mencukupi untuk kebanyakan tablet. Mengecas pek bateri dilakukan melalui mikro USB dan ia mengambil masa 12 jam untuk mengecas dengan sumber kuasa 1A atau 5.5 jam jika pengecas 2A yang lebih tinggi digunakan. Powerbank ini akan mula dijual pada 20 Mei 2014 oleh Xiaomi Malaysia

Manager Ji Jie bercakap tentang Shila Amzah di pertandingan i am singer season 2

Berakhir sudah pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod dengan menobatkannya sebagai pemenang tempat ke 3. Dalam pertandingan itu, Shila telah berentap bersama dengan 6 lagi peserta seperti G.E.M. (Hong Kong), Han Lei (China), Gary Chaw (Malaysia), Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China). Program ‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton dan ianya menjadikan impian setiap penyanyi di negara China supaya dipilih menyertai pertandingan ini.Malangnya hanya 7 peserta sahaja yang layak bertanding pada setiap tahun. Penyertaan Shila Amzah telah membuka mata penonton China yang sememangnya telah terpukau  setiap persembahan beliau.Lagi mengkagumkan ialah Shila Amzah bukanlah seorang bangsa China dan bahasa pertuturannya adalah bahasa Melayu. Kepada yang belum tahu, S...

Kegigihan Manager Ji Jie membantu Shila Amzah memenangi tempat ke 3 dalam I Am Singer Season 2

Bagi yang mengikuti perkembangan Shila Amzah dalam program realiti I Am A Singer terbitan Hunan TV pastinya akan tertanya-tanya, siapakah jejaka tinggi kacak berambut putih yang sering kelihatan menemaninya selalu. Jejaka yang sentiasa segak mengenakan suit juga nampaknya cukup setia menunggu Shila Amzah di tepi pentas setiap kali Shila beraksi dalam program realiti tersebut. Jejaka kacak berambut putih itu namanya adalah Jeffrey G atau lebih dikenali sebagai Ji Jie dan dia sebenarnya merupakan pengurus kepada Shila Amzah semasa dalam program realiti I Am A SingerSeason 2. The most caring manager

Tips Avoid Sugar : Kuruskan badan menggunakan gula stevia

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Jika sekiranya kita ingin mengurangkan kandungan gula dalam badan (yang menjadi antara punca kegemukan utama dalam badan), kita perlu berhenti dari minum air manis dan gantikan gula tebu dengan gula daun stevia. Kita boleh dapat sumber gula semulajadi dari buah-buahan yang kaya dengan fruktos tapi jangan ambil banyak sangat kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Gula stevia yang dirumus khusus untuk mereka yang menghadapi kenaikan berat badan atau obesiti. Mereka digalakkan untuk menggantikan pengunaan gula kepada stevia sepanjang tempoh menguruskan badan supaya stok-stok gula yang sudah lama tersimpan dalam badan akan dibakar menjadi tenaga jika tiada kemasukkan gula baru dalam badan. Gula Stevia ...

Labels

Show more