Skip to main content

Posts

Showing posts from September 22, 2015

Celcom Magic Sim Internet Burung Hantu tawar internet berkelajuan tinggi percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pek prabayar Magic Sim dari Celcom semakin menarik nampaknya. Khas untuk pelanggan setianya, Celcom telah mengumumkan satu lagi tawaran terbaru untuk pelanggan Magic Sim, yang dipanggil Internet Burung Hantu percuma. Pelanggan Magic Sim kini boleh menggunakan internet secara percuma tanpa had kuota, dari jam 1pagi sehingga 7 pagi, iaitu waktu bila spesis burung hantu berjaga. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan data mingguan atau bulanan Magic Sim, dari serendah RM10. Untuk pengetahuan anda, Pek permulaan prabayar Magic Sim adalah berharga RM5 datang siap dengan RM3 kredit dan 200MB internet pantas 4G LTE. Kadar panggilannya serendah 2.5sen/minit dalam talian yang sama, dan 10sen/minit ke talian lain.    Untuk lebih maklumat, layari lamanweb Celcom MagicSim.

Kelebihan dan keburukan : Samsung Galaxy J7 pada harga Bawah RM 1000 adakah berbaloi untuk dibeli ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Admin setakat ini tak pernah pakai handphone jenama Samsung. Bagi admin harga handphone jenama Samsung agak diluar kemampuan. Namun begitu,baru-baru ini Samsung Galaxy J7 kelihatan menakjubkan ketika pertama kali admin melihat di Samsung Showroom Ipoh. Dengan saiz paparan skrin 5.5 inci HD Super AMOLED resolusi 1280x720 piksel (HD 720p: 267 ppi). Skrin Super AMOLED  mempunyai kelebihan dari penjimatan penggunaan tenaga bateri.    Samsung Galaxy J7 didatangi chipset pemproses OCTA-Core Exynos 7580 kelajuan pemproses 1.5 GHz (Intel Quad-Core Cortex-A57 kelajuan 1.5 GHz dan Intel Quad-Core Cortex-A53 kelajuan 1.5 GHz) dengan GPU Mali-T720, RAM memori, 1.5 GB, kapasiti memori dalaman 16GB dengan kapasiti memori kad microSD sehingga 128GB, menyokong kelajuan tinggi sambungan internet lebih 4G. Semua LTE dan spektrum 3G, sokongan untuk dua kad SIM (dwi-SIM), kapasiti bateri 3000. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop...

Video Doktor keluarkan Lipan masuk telinga wanita ketika sedang tidur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sesuatu yang lumrah apabila kita akan jumpa binatang berbisa sepertu ular,lipan ataupun serangga berbisa.Tetapi mengejutkan apabila haiwan tersebut cuba membuat sarang di dalam anggota badan manusia seperti telinga. Apatah lagi kalau binatang itu jenis berbisa dan sekiranya binatang itu mengigit dan  sudah pasti ianya mengancam nyawa manusia .   Seorang wanita terkejut apabila seekor lipan masuk ke telinganya ketika dia sedang tidur dan enggan keluar.Dalam kejadian di Jiangsu itu, wanita yang namanya tidak didedahkan itu terpaksa mendapat bantuan doktor bagi mengeluarkan haiwan berbisa berkenaan selepas lipan itu terlalu selesa tinggal di dalam telinganya. Media tempatan melaporkan doktor di Hospital Yangzhou berjaya mengeluarkan lipan berkenaan pada 17 September lalu. Klip video yang turut tersebar menunjukkan lipan berkenaan keluar seketika seolah-olah menjenguk keadaan sekeliling sebelum kembali ke ‘sarangnya’ yang selesa. Beberapa...

Labels

Show more