Nokia secara rasminya memperkenalkan Lumia 620 kepada umum, yang mana membawakan peranti mampu milik bersama-sama Windows Phone 8. Ia turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya.Untuk pasaran Malaysia, ia akan mula dijual secara rasminya di mana pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada para pengedar tempatan pada harga RM799. Lumia 620 membawakan skrin bersaiz 3.8-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Qualcomm Snapdragon S4, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan beberapa sokongan lain termasuk NFC dan juga kebolehan menambah ruangan storan melalui kad mikro-SD. Walaupun satu telefon bajet untuk Nokia Lumia 620 ini, tetapi aplikasi lokasi seperti Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Pengangkutan adalah terbaik dari Nokia. Terdapat Nokia Music untuk penstriman trek iklan percuma tanpa pendaftaran atau langganan dan memuat turun senarai untuk anda mendengar secara offline. Lumia 620 menyokong NFC dengan Speaker ...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..