Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya. Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya. Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak. “Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk. “Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya. Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan. “Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, ki...