Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis mikro alga unik bernama Haematococcus Pluvialis. Alga ini banyak didapati secara meluas di kebanyakan negara yang mempunyai lautan dalam terutama Lautan Pasifik dan hidup sekurang-kurangnya 5000 kaki di bawah paras air laut. Antara negara yang kaya dengan sumber alam ini ialah di Kepulauan Hawaii, Kanada, Jepun dan sepanjang pantai negara persisir lautan Pasifik. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik di dunia kerana ia hidup subur memandangkan ia mendapat nutrien, suhu dan persekitaran yang sempuran memandangkan Kepulauan Hawaii terdiri daripada gugusan kepulauan gunung berapi berusia jutaan tahun yang kaya dengan mineral dan galian semula jadi. Walaupun alga ini bewarna hijau, seperti kebanyakan alga lain, namun ia sebenarnya akan bertukar warna kepada merah sekiranya persekitarannya terancam sama ada tekanan persekitaran, suhu, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ia...
Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan Majalah Digital Informasi Malaysia..