Skip to main content

Update : Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke 27 / AJL 27



Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) telah menyaksikan Hafiz berjaya merangkul anugerah ‘Juara Lagu’ dan juga ‘Vokal Terbaik’, tahun ini bakal menyaksikan lebih ramai nafas baru berjaya layak ke peringkat akhir anugerah yang penuh berprestij ini. Namun dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) kali ini,Hafiz sekali lagi mempertaruhkan 2 buah lagu yang bakal berentap merebuat gelaran juara. 

Lebih menarik, Shila Amzah turut sekali lagi layak dengan lagu ciptaannya sendiri, ‘Patah Seribu’ selepas berjaya merangkul anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-19 untuk trofi ‘Anugerah Lagu Terbaik’ serta trofi ‘Power Vocal Award’ di Shout Award 2012. Adakah kali ini penyanyi yang berusia 22 tahun ini sekali lagi akan mencipta sejarah?

Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013.

  1. Idola – Azlan & the Typewriter
  2. Pelangi Senja – Stacy
  3. Terukir Di Bintang – Yuna
  4. Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
  5. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
  6. Tanpamu – Amir Jahari
  7. Lagu – Bed Room Sentuary
  8. Teman Pengganti – Black & RJ
  9. Ku Akui – Hafiz
  10. Simetri – Hazama & Amy Seach
  11. Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
  12. Patah Seribu – Shila Amzah


 Keputusan Penuh Terkini

1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)

Comments

Popular Posts

Tips Game : Ketagih bermain game Clash of Clan @ Kedah Sempoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak memakai smartphone android banyak permainan yang admin sudah main dan salah satu daripadanya adalah Candy Crush . Awal permainan memang best tetapi sejak asyik sangkut level menjadikan game cepat membosankan. Lepas itu admin beralih dengan game Button and Scissors iaitu satu permainan yang santai dan tak stress macam game candy crush. Tetapi lama ke lamaan ianya menjadi boring sebab asyik menggunting butang kain sahaja setiap level. Selepas itu admin beralih kepada game strategi online. Game yang menjadi tumpuan awal adalah Castle of clash dan menjadi fanatik pula pada game ini. Berjaya juga hasut adik bongsu main game ini.Tetapi tak lama kemudian admin jadi boring sebab salah satunya puncanya apabila mereka update grafik yang huduh terus hilang selera untuk bermain.  Dalam mencari games online yang sesuai admin tertengok video iklan game clash of clan seperti di atas. Terus tangkap lentuk untuk main games ini. Perm...

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.

Kegilaan terhadap Oat Choco dengan RM 5 sebungkus

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar ...

Labels

Show more