Informasi pelbagai variasi yang menjanjikan santapan ilmiah yang berguna untuk semua.

Tuesday, January 17, 2012

Siapa Wanita Paling Kerdil Di Dunia 2012 / World's Smallest Woman?


Wanita paling kerdil di dunia telah dimenangi oleh  Jyoti Amge yang berusia 18 tahun dengan ketinggian cuma 61.95 sentimeter dan berat badan dalam 5.5 kg telah dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records pada 16 Disember 2011.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya  Jyoti Amge  yang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, Achondroplasia telah dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.


Sebelum ini, rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter. 




No comments:

Post a Comment

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Pages

SoraTemplates

Best Free and Premium Blogger Templates Provider.

Buy This Template