Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Panda Malaysia Sudah Tiba Di Zoo Negara

Gambar Hiasan
Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi.

Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan.


Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif.

Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012.

Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zoo Negara dan dikuarantin terlebih dahulu selama sebulan di sana sebelum dapat ditonton oleh pengunjung akhir Jun ini.

Sumber

5 comments:

  1. Semuanya satu pembaziran.......bukan free panda tu datang..berbayar tu......

    ReplyDelete
  2. Tidak benar saudara.Panda ini adalah hadiah tanda perhubungan erat antara China dengan Malaysia.Kehadiran Panda ini sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana begitu terpengaruh dengan kartun Kung Fu Panda. :)

    ReplyDelete
  3. [ Satu Kebetulan Menarik Mengenai Panda ]

    Sejarah menunjukkan mana mana pemimpin dunia yang menerima panda dari negara China akan kehilangan kuasa pemerintahan selepas itu.
    Pemimpin negara yang tersenarai kehilangan kuasa tersebut ialah

    1. President USA , Richard Nixon ( Nama Panda : Ling Ling and Hsing Hsing. )

    2. Perdana Menteri Britain, Edward Heath ( Nama Panda : Chia Chia and Ching Ching. )

    3.Perdana Menteri Jepun ,Kakuei Tanaka ( Nama Panda : Lan Lan and Kang Kang )

    4. Putera Bernhard ,Belanda

    Hari ini Malaysia menerima Fu Wa and Feng Yi dari China.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:41 AM

    boleh jatuh syirik kalau percaya akan panda boleh membawah musibah pada negara

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:00 AM

    Ini semuanya kebetulan.....bukan kepercayaan....Mungkin suatu kebetulan yang betul2 terjadi.

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca