Gambar Hiasan |
Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan.
Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif.
Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012.
Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zoo Negara dan dikuarantin terlebih dahulu selama sebulan di sana sebelum dapat ditonton oleh pengunjung akhir Jun ini.
Sumber
Semuanya satu pembaziran.......bukan free panda tu datang..berbayar tu......
ReplyDeleteTidak benar saudara.Panda ini adalah hadiah tanda perhubungan erat antara China dengan Malaysia.Kehadiran Panda ini sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana begitu terpengaruh dengan kartun Kung Fu Panda. :)
ReplyDelete[ Satu Kebetulan Menarik Mengenai Panda ]
ReplyDeleteSejarah menunjukkan mana mana pemimpin dunia yang menerima panda dari negara China akan kehilangan kuasa pemerintahan selepas itu.
Pemimpin negara yang tersenarai kehilangan kuasa tersebut ialah
1. President USA , Richard Nixon ( Nama Panda : Ling Ling and Hsing Hsing. )
2. Perdana Menteri Britain, Edward Heath ( Nama Panda : Chia Chia and Ching Ching. )
3.Perdana Menteri Jepun ,Kakuei Tanaka ( Nama Panda : Lan Lan and Kang Kang )
4. Putera Bernhard ,Belanda
Hari ini Malaysia menerima Fu Wa and Feng Yi dari China.
boleh jatuh syirik kalau percaya akan panda boleh membawah musibah pada negara
ReplyDeleteIni semuanya kebetulan.....bukan kepercayaan....Mungkin suatu kebetulan yang betul2 terjadi.
ReplyDelete