Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Trip ke Hatyai bersama #JomLiburBajet 24-25 November 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin berkongsi pengalaman menarik melancong ke luar negara iaitu Hatyai Thailand bersama ejen pelancongan #JomLiburBajet bersama Kak Jom. 


Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Jom kerana menjayakan Road Trip ke Hatyai kami. Trip Bukit kayu Hitam - Hatyai dengan kos RM 199 seorang ini dirancang sejak pertengahan tahun  2018. Admin bersama 21 orang member-member opis menaiki bas persiaran yang disediakan oleh Kak Jom dari Gerik membawa kami menuju ke Bukit Kayu Hitam.


Tengah punggah masuk bag dalam bas persiaran
Bas mula mengambil penumpang di pekan Gerik pada jam 11.00 malam dan akan berhenti di Pengkalan Hulu untuk mengambil penumpang dan seterusnya ke Bukit Kayu Hitam.Bas juga berhenti rehat selama 1 jam di RNR Gurun pada jam 3.00 pagi dan rombongan kami berhenti sembahyang subuh di  Masjid Bukit Kayu Hitam pada jam 6.30 pagi.

Selepas itu,kami bergegas ke immigration Malaysia untuk cop border pass dan kemudian ke  immigration Thailand untuk cop border pass. Kami kena beratur panjang dan mengambil masa yang lama untuk proses tersebut. 

Hari pertama - 24-11-2018 (Sabtu)

Setelah selesai cop-cop semua,pihak van sudah menunggu kami di luar pejabat immigration Thailand.Kak Jom menyediakan 4 buah van semuanya dengan setiap muatan 10 orang.
Disebabkan kelewatan di Immigration Thailan,kami terlepas untuk sarapan pagi.Kami mula bergerak ke Hatyai dalam jam 10.30 pagi menaiki van yang disediakan dan menuju ke restaurant untuk makan tenghari.Makan tenghari adalah sendirian berhad ye.Hehehe..tidak termasuk dalam pakej.


Antara penumpang van bersama admin dalam van

Hentian pertama adalah di restaurant tomyam iaitu Chalee D'Hatyai Restaurant beralamat 3 Sripoovanart Nai Rd, Khuan Lang, Songkhla, Thailand. Dengan satu meja seramai 7 orang kami membuat pesanan nasi putih,tomyam,kerabu mangga,ikan saikap,ayam gorang halia,buah tembikai, dan air minuman.Kos seorang dalam 207 baht. Servis diaorang adalah memuaskan.









Setelah perut telah kekenyangan.Kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke 2 iaitu Bee Farm ( Barangan Berasaskan Madu ).Cuci mata tentang produk berasas lebah iaitu madu dan menikmati ice-krim madu.


Posing depan Bee Farm
Taklimat ringkas tentang madu asli
Terjebak beli madu asli 300gram 60 baht

Selepas itu,kami bergerak pula ke Kilang Gajus, Jeruk & Magee Tomyam Serta Perencah Tomyam. Kat sini memang hentian para pelancong dengan keadaan sesak ramai orang tengah beratur untuk membayar.Admin tak beli pun melihatkan panjangnya orang beratur untuk buat pembayaran.Mau sejam  menunggu.Tak berbaloiii..hehehehe jimat duit.






Selepas kilang gajus kami dibawa ke Nora Plaza beralamat 28 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Memang tumpuan pelancong dengan jual barang kemas, tshirt, souvenir dan paling byk dan dpt rekemen dr tourist guide tu barangan kulit la handbag, tali pinggang, purse dll la kat sini tak boleh tawar menawar fix price. kat sini admin tak beli apa-apa pun..modal ciput.Hehehehe..








Selepas itu,kami bergerak untuk cek in hotel iaitu Red Planet. Jam menunjukkan jam 3.00 petang waktu Thailand.Kami diberi masa rehat selama sejam  sebelum bergerak keluar untuk destinasi seterusnya.Admin keletihan sesampai hotel sampai terlelap tidur.Bilik hotel yang luas dan selesa.



Setelah semua berkumpul di luar hotel jam 4.30 petang, kami mula bergerak menuju ke Khlonghae Seafood iaitu tempat yang viral di facebook.Kami berada di sana sampai 8.30 malam. Waktu perniagaan jam 3pm - 10 pm.Pakej  Biasa: 179 baht (kalau tak silap) / Rm 23 dan Full pakej: 289 baht / Rm 37.‼ Ramai staff yg boleh cakap melayu.Siakap kengsom & siakap steam limau dia terbaik 👍🏻.‼ Surau disediakan. Masuk waktu ada org iqamah.


Ini  pakej 179 baht


ini pakej 289 baht.Ada bakar-membakar(grill).


179baht sorang pun dah kenyang...

Selepas itu,kami bergerak ke Asean Night Market beralamat Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai. Pasar ni besar giler. Tak tau la ada berapa ratus kedai-kedai kecil di dalam ni. Cari jer apa korang nak.. In shaa Allah ada. Pasar ni terbahagi kepada 2 tingkat.Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut,baju,bundle,aksesori wanita,produk-produk make up,gadjet-gadjet,aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi.





Selepas penat cuci mata di bazar ni..kami pun bergerak ke Lee Garden Walk bagi yang masih bertenaga untuk berjalan-jalan.Ada member yang balik terus ke hotel untuk berehat.Perkhidmatan van kami hanya setakat Lee garden Walk sahaja dan kami terpaksa balik ke hotel dengan menaiki tuk tuk. Kat Lee garden Walk ini admin beli mangga pulut harga 50 baht. Sedap siott....


best woo naik tuk tuk round satu hatyai

Untuk balik ke hotel menaiki  tuk tuk kena seorang 20 baht. tetapi kami minta untuk pusing-pusing makan angin sebelum balik ke hotel.Kos 300 baht satu tuk tuk jadi kos sorang dalam 50 baht.Jadilah merasa naik tuk tuk.Syiokkkk...


Hari Kedua - 25-11-2018 (Ahad)


Jam 7.00 pagi semua berhimpun di luar hotel untuk sarapan pagi tempat Dimsum yang viral iaitu Chabura Dimsum Special.Waktu perniagaan dari pukul 6 pagi hingga 2 petang. Ada staff yang boleh cakap melayu. Admin tak pernah makan dimsum so admin order roti canai cheese dan air teh ais.Total sarapan 75 baht.




Selepas sarapan kami bergerak ke Cable Car Hatyai City. Tanggapan awal cable car ini ibarat macam tempat peranginan yang bole berposing-posing ambik gambar kenangan gitu.Dengan tiket 200 baht kami pun naiklah cable car ini....Cable car ini boleh memuatkan 7-8 orang pada satu masa. Hahahaha sesampai saja di atas, mau tercenggang...rupanya tempat ibadat orang Siam dengan patung gajah....Pada ketika itu plak ada upacara sembahyang dengan siap bunyi mercun bagai. 

Turun dari cable car terus kami beratur untuk turun balik ke bawah.Hanya 2 saja cable car berfungsi turun dan naik.Bayangkan kalo ramai yang beratur mau berpeluh menunggu... Salah satu tempat yang admin nampak tak berbaloi...rugi rugi..hehehehe.Tapi sekali dalam hidup melancong luar negera kan..tak rugi rasanya...hahahaha..






suasana atas puncak selepas turun dari cable car.

Selepas itu kami bergerak pula ke Chang Puak Camp ( Elephant ). Bole tengok gajah dari dekat dan beri makan pisang pada gajah.Satu bekas pisang 10 baht.Ada lagi aktiviti yang menarik tapi harga mahal la plak.Hehehehe..Tak merasa naik gajah... 500 baht = 76 ringgit...Ramai dok beratur giliran untuk naik dan kami plak sedang mengejar masa..hahahaha..Ramai plak tuh dengan pelancong.Memang tumpuan ramai di sini..mungkin lain kali kot...hehehehe








Seterusnya kami bergerak ke Tang Kuan Hill. Tempat ini macam bukit bendera.Cuma ada satu gerabak sahaja  untuk naik ke atas yang boleh memuatkan 20 orang pada satu masa.tapi orang Hatyai panggil gerabak itu Lift.Hehehehe.Bayaran 20 baht seorang...siapa-siapa yang suka pemandangan memang sesuai ke tempat ini. Admin dah tak larat....tak berapa sihat badan...


Tengah beratur untuk naik Lift.hehehehe


Selepas itu kami menuju ke Samila Beach ( Golden Mermaid ) untuk makan tengahari di sebuah restaurant tomyam muslim dan seterusnya bersantai sambil bergambardi pantai Samila. Kat pantai Samila  ni banyak gerai cenderamata...admin rasa kat sini harga memang murah berbanding tempat lain.
menjamu selera tomyam di restaurant muslim di samila beach

Muka-muka teruja menikmati tomyam sedap sangat


Pemandangan pantai samila memamg cantik


Welfie ngan patung duyung


Patung kucing




Setelah puas berposing sana sini,kami bergerak untuk destinasi terakhir iaitu  Klonghae Floating Market.Kami sampai di sana pada jam 7.30 malam.Suasana sana nampak meriah denagn cm ada pesta sedang berlangsung.Terdapat 2 bahagian/seksyen di Klonghae Floating Market. Klonghae Floating Market ada 2 bahagian iaitu bawah iaitu pasar terapung/sampan, majoriti peniaga menjual produk-produk makanan dan minuman manakala di bahagian atas pula,antara produk-produk yang di jual adalah pakaian, cenderamata , produk kraftangan, makanan dan minuman.






Kami berada di Klonghae Floating Market selama 1jam 30 minit.Setelah puas meronda dan makan -makan serta membeli belah untuk kali terakhir.Kami menaiki van untuk pulang.Destinasi terakhir adalah immigration Thailand dan selesai cop border/passport dan terus menaiki bas persiaran yang sudah sedia menanti kami.Kami bergerak pulang ke Gerik dan sampai Pekan gerik pada jam 3.30 pagi.

ALHAMDULILLAH, semua telah selamat sampai ke destinasi dengan selamat.Terima kasih kepada Kak Jom @ *JomLiburBajet * untuk menguruskan percutian kami ke HATYAI 2H1M yang sangat happening .

Kepada sapa yang berminat menggunakan ejen pelancongan Kak Jom @ *JomLiburBajet bole terjah FB kak Jom.Pastinya pakej termurah untuk melancong bersama Kak Jom.

Berikut merupakan fb page JLB : https://www.facebook.com/JomLiburBajet/

Sekiranya perlukan apa-apa pakej, boleh terus hubungi :-

Aivi @ Kak Jom,
Tour Consultant,
JOM LIBUR BAJET
0134042372




2 comments:

  1. Terima kasih admin kerana bersama2 Jom Libur Bajet untuk trip Hatyai 2h1m

    ReplyDelete
  2. Memang puas hati ... Pakej dengan kak jom tak pernah menghampakan.. Siapa nak treval boleh cari kak jom

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca