Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara dapat lesen memandu B2 motosikal terkini

Lesen memandu adalah menjadi kewajiban kepada rakyat Malaysia untuk membawa kenderaan di atas jalan raya awam. Sekiranya tidak memiliki lesen memandu namun memandu kenderaan di jalanan, anda telah melakukan kesalahan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan.



Admin mendapat lesen memandu ketika usia admin 20 tahun bagi lesen B2 dan D.Semenjak dan sepanjang memiliki lesen ini,admin pernah terlibat dengan kemalangan jalanraya 2 kali ( 1 di highway gara2 tak sempat brek dan 1 di jalan negeri langgar belakang,tak sempat elak kereta yang nak belok ke kanan).Saman pula dalam sejarah ada 6-8 saman melebihi had lagu 60km/sejam.Hahahaha..

Baru-baru ini adik ipar admin nak mohon lesen memandu motosikal.Agak blur jugak nak bantu adik ipar ini kerana tak tahu perkembangan terkini untuk dapatkan lesen memandu nih.So admin google dan bertanya denagn ejen sekolah memandu.

Mari ikuti langkah di bawah tentang cara untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

1. Jenis Lesen Yang Ingin Diambil
Had umur kelakayan untuk memiliki lesen memandu untuk motorsikal ialah 16 tahun. Manakala untuk kereta pula ialah 17 tahun.


2. Daftar Sekolah Memandu

Pergi ke mana-mana sekolah memandu berdekatan, dan dapatkan info ini:

  • Harga servis
  • Harga lesen L dan P
  • Kemudahan pengangkutan
  • Jumlah jam belajar

# Harga untuk lesen motorsikal kelas B2 adalah dalam linkungan RM350. Manakala bagi kereta kelas D pula dalam linkungan RM1250.

Sekiranya bersetuju dengan harga yang diberikan oleh pihak sekolah memandu, anda diminta untuk sediakan salinan MyKad, 2 keping gambar ukuran pasport dan bayaran deposit. Ingat, dapatkan resit selepas deposit dibuat.

Tips: Anda boleh mengurangkan kos servis sekolah memandu dengan menggunakan pengangkutan sendiri ke tempat belajar dan membuat bayaran sendiri untuk lesen L dan P di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kelas berikut adalah wajib untuk duduki demi memastikan anda mendapat lesen:

a) Kursus 6 jam KPP (Kursus Pendidikan Pemandu)

Kursus ini bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Objektif kelas ini adalah pengenalan kepada pemohon lesen tentang undang-undang dan keselematan jalan raya yang wajib kita ketahui. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu.

Sijil KPP ini sah laku selama 1 tahun.

b) Ujian teori komputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.

Selesai kursus KPP, anda dibenarkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda ataupun di MYEG.

Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal, anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya semula.

Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.


c) Belajar memandu kereta atau motorsikal.

Lesen L melayakkan anda untuk belajar memandu secara praktikal memandu. Latihan memandu biasanya adalah selama 2 – 5 kelas atau 15 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri.


Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. Latihan yang anda perlu kuasai sebelum ujian sebenar ialah membuat pusingan 8, mengimbangi motorsikal di atas titi, mengelak halangan kon, membuat brek kecemasan dan ujian jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu.

Lesen L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Anda akan diajar menaiki bukit, membuat side parking, membuat pusingan 3 penjuru dan yang terkahir, ujian di jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

e) Ujian pra kelayakan atau QTI.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal JPJ. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ.

f) Ujian praktikal JPJ.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar oleh pihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu.
4. Lesen P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :

    1 keping gambar
    1 keping salinan fotostat MyKad.
    1 keping salinan lesen L.
    Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.

Sah laku lesen P adalah selama 2 tahun. Tamat sahaja tempoh, anda dikehendaki membuat pembaharuan terhadap lesen anda dan naik taraf ke lesen memandu penuh. Moga panduan ini dapat membantu anda miliki lesen memandu dengan mudah.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca