Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Petronas Bakal Jadi Mangsa Boikot Pengguna MInyak Gara-Gara Sekaki Payung ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap kali ada sebarang promosi isi minyak, pasti kebanyakkan rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkannya terutama promosi di musim perayaan.Baru-baru ini pihak Petronas ada menawarkan kepada pengguna untuk mengisi minyak sebanyak RM200 berpeluang mendapat satu unit payung edisi terhad. Peraduan ini yang bermula 20 Julai 2014 hingga 15 September 2014 itu nampaknya mengalami rungutan oleh ramai pengguna yang telah menyertai program tersebut.

Cara yang cukup mudah adalah dengan setiap pengisian minyak RM20 akan diberi satu cop pada borang kecil yang disediakan, sehingga penuh 10 cop bersamaan RM200 berserta resit yang diberi anda boleh mendapatkan payung tersebut.



Jelas sekali ramai yang kecewa dengan jawapan yang diberikan pihak stesen minyak Petronas setiap kali ingin menebus payung tersebut. Hampir ke semua peserta peraduan mendapat jawapan yang sama, iaitu “payung kehabisan stok”.Kesan kekecewaan pengguna stesen minyak petronas terhadap promosi payung ini bakal disuarakan dalam bentuk boikot terhadap setesen minyak petronas.Rata-rata peserta peraduan ini menyatakan rasa tidak puas hati mereka seolah-olah ditipu oleh pihak Petronas dengan promosi ini.Banyak komen-komen berunsurkan negatif terhadap Facebook Petronas kerana gara-gara sekaki payung.



Kesimpulannya,alasan edisi terhad adalah satu alasan tidak wajar bagi Petronas kepada pengguna yang bermati-matian mengumpulkan  borang penyertaan bersama 10 cop. Ini kerana kehabisan stok berlaku tidak sampai pertengahan tempoh promosi dijalankan. Sewajarnya pihak Petronas menambah stok payung dengan kadar segera sebelum tempoh berakhir kerana kesan kegagalan promosi payung edisi terhad akan memberi kesan dalam penjual minyak Petronas itu sendiri.

Difahamkan ramai pengguna minyak  Petronas ini telah menyuarakan untuk boikot mengisi minyak di stesen tersebut Mungkin kesan boikot bakal beri kesan jangka panjang kerana pengguna minyak mempunyai banyak pilihan jenama minyak alternatif sekaligus Petronas kehilangan pelanggan setia mereka.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca