Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita
miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk
mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan
menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri
kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang
menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah
:-
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى
سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ
سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ
وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-سورة البقرة : ۲٦١
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang
membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang
tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat
seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha
Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya
supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا
مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ :
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ
يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-﴿ رواه مسلم ﴾
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah ,
ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan
kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abullaits Assamarqandi telah dihuraikan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan manfaat dan pahala yang berpanjangan seperti berikut:“Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: ‘Tujuh macam yang dapat
diterima pahala sampai sesudah matinya:
1. Siapa yang membangun masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya.
2. Siapa mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.
3. Siapa yang menulis mushaf ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali sumur (perigi) selama masih ada orang mempergunakan airnya.
5. Siapa yang menanam tanaman selama dimakan oleh manusia atau burung.
6. Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajari.
7. Orang yang meninggalkan anak salih mendoakan dan membaca istighfar baginya; yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Qur’an, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri; sebaliknya jika dibiasakan berbuat lacur fasik maka ia mendapatdosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.”
Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.
BAGAIMANA UNTUK MEMULAKANNYA?
1) Wakaf naskah Al Quran secara online
Dengan bantuan kita, semoga insan yang kurang berkemampuan dapat
memegang dan membaca Al-Quran. Mudah-mudahan menjadi bekalan pahala yang
tidak putus-putus untuk kita, para pewakaf.
DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RANAU,SABAH
Contoh Bukti Sumbangan
2) Sumbangan bagi pembinaan Pusat Tahfiz
DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RANAU,SABAH
Contoh Bukti Sumbangan
Banyak lagi perkara yang kita bersedekah ke jalan Allah sebagai contoh berdekatan tempat tinggal anda sendiri seperti surau,masjid dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment