Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Celcom Internet Prepaid Untuk Sosial Media Serendah RM 5 tanpa had masa memang berbaloi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin sebenarnya tercari-cari plan internet yang tidak membebankan kerena sebelum ini guna plan celcom internet prepaid RM 25 sebulan namun tidak mampu bagi koitmen bulanan sehinggakan sim kad itu expired. Kebiasaanya admin akan langgan celcom prepaid internet harian iaitu RM 5 ataupun mingguan RM 18.

Tetapi yang tidak bestnya pelan internet mudah alih admin yang sering tamat sebelum menghabiskan jumlah data yang diberi.Kadang-kadang terasa rugi plak bayar mahal tetapi kuata data yang diberikan tak habis digunakan. Oleh sebab itu,admin merasakan dengan plan Maxis Free Basic Internet  serendah RM 7 seminggu bagi 100MB data bagi sosial media khusus untuk facebook,Tweeter dan sebagainya memenuhi kehendak admin. Kiraya admin bercadang untuk beli simkad Hotlink untuk tujuan tersebut dan mengekalkan Celcom X2 bagi kegunaan call dan sms sahaja.

Terpikir juga admin kenapa Celcom tidak buat plan seperti Maxis. Google punya google rupa-rupanya memang ada pakej plan seperti Maxis iaitu dikenali sebagai  Celcom Plan Chat Pack dan Celcom Plan Social Pack. Yang paling syoknya apabila  promosi “Never Time Out”  di mana tempoh sah pelan internet mudah alih  Plan Chat Pack dan Plan Social Pack  tidak mempunyai had masa.

Tiada tamat tempoh! Ya, benar pelan internet terbaru Celcom Xpax tidak mempunyai had masa. Jadi, bila pula pelan-pelan ini akan tamat? Tempoh sah internet mudah alih untuk kedua-dua pelan ini berdasarkan tempoh sah akaun utama anda. Dalam erti kata lain, sebaik sahaja akaun telekomunikasi anda luput, maka internet mudah alih anda juga akan tamat.



 Untuk melanggan, anda hanya perlu menghantar SMS bagi pelan yang anda suka.

Untuk Chat  Pack , hantar MI5 ke 28882;
Untuk Social Pack, hantar MI10 ke 28882.

Jumlah data bagi pelan agak rendah, 50MB untuk Chat Pack dan 150MB untuk Social Pack. Jika anda tidak berjaya selesaikan jumlah data anda sebelum akaun utama anda tamat tempoh, jumlah data yang tinggal anda masih boleh diperolehi selepas anda menambah nilai semula. Sekiranya jumlah data anda habis, anda masih boleh melayari internet, tetapi pada kadar pay-per-use 10sen/10kb.

Setelah menjadi pelanggan Chat Pack atau Social Pack, pelanggan juga akan layak untuk mendapatkan 500MB elaun data WiFi. WiFi ini boleh didapati di mana-mana Zon/Hotspot WiFi Celcom, log masuk WiFi Celcom di tempat-tempat yang ada. Walau bagaimanapun, tidak seperti internet mudah alih, WiFi sah lebih 30 hari. Jumlah data untuk WiFi juga boleh disusun kepada beberapa langganan tetapi hanya sah dalam tempoh 30 hari.

17 comments:

  1. macam mana nk aktifkan mobile internet tu? kena bukak data roaming? lepastu?

    ReplyDelete
  2. Untuk melanggan, anda hanya perlu menghantar SMS bagi pelan yang anda suka.

    Untuk Chat Pack , hantar MI5 ke 28882;
    Untuk Social Pack, hantar MI10 ke 28882.

    Lepas itu anda akan dapat pengesahan dan kredit akan ditolak.Lepas dapat pengesahan berjaya.Anda aktifkan icon mobile data lepas tuh boleh surfing mengikut kuota yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Berapa Hari Boleh Pakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tempoh sah masih aktif.

      Delete
  4. nape susah sgt skg ni nak buat mi5 tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous6:35 AM

      ye laa.. saya nak MI10 pun tak lepas-lepas..

      Delete
  5. Anonymous8:12 PM

    kalau baki quota MI10 saya masih ada tapi sya langgan MI10 tu lagi.
    . ..apa jadi????
    (dalam erti kata lain ,,saya langgan MI10 dua kali berturut-turut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada ada masalah.baki quota yang lama akan dicampur dengan quota baru.

      Delete
    2. Kalo kt dh lggan mi10 ni. Then bukak m0bile data.ble dah bis 150mb .die akan cas kita 10sen/10kb kan.n 1 lg kt hanya bleh fb n twiter je. Instagram x leh la ye kalo pakai package ni. .huhu. bleh bg pencerahan lg x.? Kalo amik ni.kt bleh bukak fb .twiter.wasap download lgu. Selain dari 2 xleh la ye.

      Delete
    3. Anonymous3:19 AM

      Fiza dah try ke guna MI10 ni? Mcm mn? Blh x kalo nak surf instagram?

      Delete
  6. Anonymous8:43 PM

    sy dah langgan MI10 tapi tak boleh internet jg. on mobile data pun takde signal internet. ada setting ke yang diperlukan? sy guna hp samsung s5

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti sebab kebiasaanya bila dah terima konpom dari pihak celcom bahawa sosial pack telah diaktifkan maka kita hanya on data mobile dan terus surf ja.Mungkin ada problem kat handphone awak kot..kena pi kedai check tengok

      Delete
  7. Perlu unsubscribe MI10 ke jikalau hendak mengelak quota dimakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya maksudkan adalah kerana saya telah daftar ke plan lain, iaitu weekly internet

      Delete
    2. Maaf Firdaus.Saya tak pasti tentang itu.Saya kini beralih ke Onexox prepaid dengan mengekalkan nombor Celcom saya dengan hanya RM 10 saja.Saya telah dapat lanjutan airtime aktif selama 2 tahun 4 bulan.Coverage Onexox power sebab guna line Celcom.Yang penting internet saya ambik pelan Onexox RM 18 sebulan dengan kuota 500mb.Memang terasa jimat,tak perlu pening kepada reload tiap tiap minggu untuk lanjutkan airtime.Hanya maintain RM 18 sahaja setiap bulan untuk internet selama 2 tahun 4 bulan. Kalau berminat hubungi saya di 0195464747 (sms/whatapp).

      Delete
  8. Anonymous4:58 AM

    Selagii Tempoh sah tak tamat ke? Maknanyaa Kredit sayaa memang takkan disedut?

    ReplyDelete
  9. Anonymous7:42 PM

    mi5 is for how long

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca