Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung.
Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos. Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.
Apakah spesis boss anda ?
Apakah spesis yang rasanya sesuai di tempat kerja anda? Boss boleh dikategorikan kepada 3 spesis yang terdapat di dunia pekerjaan iaitu :-
1. Bos Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab “tak kan itu pun nak tanya saya”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya
Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk “Bad Bosses: How to Cope if You Get Stuck With One” di dalam Majalah Tech Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:
-Bos yang tidak mendengar dengan baik.
-Bos yang bersifat autokratik.
-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.
-Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.
-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja.
-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.
2. Bos Yang Cemerlang.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai”.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh diharapkan.
No comments:
Post a Comment