Di sini saya akan terangkan cara memilih modem broadband yang terbaik digunakan sekiranya anda berada kawasan luar bandar terutama sekali bagi rangkaian CELCOM dan MAXIS sahaja.
Dalam proses membeli modem broadband, perkara penting yang perlu anda lihat modem itu mestilah menyokong rangkaian HSDPA/UMTS 2100MHz dan juga 900MHz. Ini adalah kerana rangkaian Celcom dan Maxis sekarang menggunakan rangkaian 3G 900MHz untuk kawasan luar bandar termasuklah di tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Bila modem anda yang anda beli tidak menyokong rangkaian 3G 900MHz, maka anda akan hairan apabila kenapa kata ada liputan 3G dan apabila cuba tiada liputan 3G.
Jangan sesekali terkeliru dengan specfikasi GSM/GPRS/EDGE 900MHz. Pastikan modem broadband itu ada ditunjukkan specfikasi UMTS/HSDPA 900MHz.Model-model dari Huawei yang menyokong HSDPA/UMTS 900MHz.yang berada dalam pasaran Malaysia dan salah satunya iaitu model Huawei E173.Biasanya model jenis itu ada dibekalkan sekali dengan pakej broadband postpaid CELCOM dan MAXIS.Jadi anda tidak perlu risau.
Cuma panduan ini hanya berguna bagi anda yang ingin mencari modem broadband bagi pakej prepaid broadband sahaja.
Untuk pemahaman lebih jelas perbezaan specfikasi GSM/GPRS/EDGE 900MHz dan specfikasi UMTS/HSDPA 900MHz. bagi 2 model modem jenama Huawe iaitu E173 dan E303.
modem ini menyokong rangkaian 3G 900MHz |
modem ini tidak menyokong rangkaian 3G 900MHz |
Oleh itu,hati hati dalam membeli ok.
No comments:
Post a Comment