Admin ingin berkongsi maklumat berkaitan rumpai laut ini. Baru-baru ini admin balik kampung dan dibekalkan rumpai laut yang idakwa mengandungi kolagen bagi mencantikkan kulit. Dan dijadikan cerita admin pun google dan terjumpa satu blog yang menepis kenyataan bahawa rumpai laut tidak kandungi kolagen.Yang pasti blog itu panas dengan komen-komen tidak puas hati terutama penjual mahupun pengguna yang menekankan fakta bahawa rumpat laut yang mereka jual dan rumpai laut yang mereka makan mengandungi kolagen bersama testimoni sebagai bukti. Dari situ admin lagi teruja ingin tahu lebih lanjut tentang rumpai laut ini dan dakwaan blog tersebut.Maka edisi siasat pun bermula.
Admin cuba google carian maklumat dalam bahasa inggeris namun tiada artikel luar negara dijumpai berkaitan kolagen dalam rumpai laut.Jikalau ada pun artikel yang ditemui dalam bahasa inggeris dimana penulisannya adalah dari Malaysia itu sendiri.Admin mula panik sebab admin ada memberi komen dalam blog tersebut menyokong asas dakwaan admin blog tersebut di samping diperkuatkan lagi dakwaan admin yang disokong mnenerusi komen blog iaitu pengusaha rumpai laut yang sendiri mengaku bahawa rumpai laut tiada kandungi kolagen. Bersandarkan itu admin akhirnya terjumpa satu artikel dari Berita Harian yang menjawap persoalan yang berlengar di minda admin sampai stress. pada Artikel tersebut menjawab isu yang didakwa oleh admin blog tersebut.Sila ambil perhatian dan baca dengan penuh khusyuk dan hati yang tenang.Bila baca dengan tenang segala persoalan akan terjawab dengan sendirinya.
Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen
Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
" Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
Penggunaan "ibu kolegen" spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.
Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.
Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.
Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.
Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.
“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. "
“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.
Pelbagai khasiat
Ditanya benarkah rumpai laut mengandungi kolagen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.
“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.
Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.
Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.
Sumber
PS: Jadi penjual dan pengguna sekalian terimalah hakikat bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen tetapi khasiatnya membantu mengekalkan kolagen dalam kulit dan manafaat kepada kesihatan.Salah tanggapan masyarakat terhadap rumpai dikenali juga sebagai "Ibu Collagen", "Sea Birt Nest" dan "Pure Marine Collagen" sedangkan pada hakikatnya tiada kolagen.
Ini bukan bererti anda perlu meninggalkan rumpai laut ini kerana artikel dari Beita Harian merungkai salah anggap terhadap dakwaan rumpai laut kandungi kalogen seperti yang didakwa penjual .Admin harap dengan adanya Artikel Berita Harian sekali gus memperbetulkan fakta mengenai rumpai laut ini.Kolagen ada atau tidak bukan penghalang untuk anda terus mengamalkannya kerana sudah terbukti kajian bahawa ia membawa manafaat kepada kecantikan kulit dan kesihatan amnya.Justeru ianya tidak akan menjejaskan penjualan di pasaran kerana seluruh dunia ketahui khasiat rumpai laut ini.Banyak testimoni pengguna diluar sana menceritakan keberkesanan rumpai laut ini.Admin pun sendiri teruja untuk mengamalkannya bagi manafaat kesihatan dan juga kecantikan kulit.
Jangan pulak nanti penjual disaman oleh pengguna melalui Mahkamah ke Biro Aduan pengguna ke yang mendakwa produk rumpai laut yang dijual ada kolagen.Seperti mana terjadi kepada Pengeluar produk kesihatan antarabangsa, GlaxoSmithKline yang didenda RM546,000 (NZ$217,000) kerana iklan yang mengelirukan selepas dua pelajar sains mendapati minuman kodialnya yang popular, Ribena sebenarnya tidak mengandungi vitamin C. Syarikat multinasional itu mengaku bersalah atas 15 dakwaan menyiarkan iklan yang mengelirukan antara tahun 2002 hingga 2006.
JennySuo (left) and Anna Devathasan test the vitamin C content in Ribena atthe science lab of Pakuranga College on 29 March 29, 2007 in Auckland,New Zealand. Photograph: Sandra Mu/Getty Images |
No comments:
Post a Comment